Haqiem Rusly Nikah Jumaat Depan, Gadis Umur 19 Tahun Jadi Pilihan

Sebelum ini, penyanyi Haqiem Rusly mengejutkan peminat apabila mengumumkan bakal menamatkan zaman bujangnya dengan wanita pilihannya akhir tahun ini.

Nikah Jumaat ini

Akhirnya, Haqiem mendedahkan tarikh bahagia apabila akan berkahwin pada 19 November (Jumaat) ini. Kata penyanyi berumur 23 tahun, malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 34 adalah masa yang tepat selain dia enggan terus berahsia.

Saya akan bernikah pada 19 November dan majlis ini dibuat secara kecil-kecilan seramai 200 tetamu sahaja bagi mematuhi SOP.

Ini malam yang tepat untuk saya beritahu kepada publik. Hal yang baik saya akan share, jangan risau. Saya minta doa yang baik-baik daripada anda semua supaya semua berjalan lancar.

Perkara itu dimaklumkan usai Anugerah Bintang Popular ke-34 (ABPBH34) pada Ahad.

Banyak ubah ke arah kebaikan

Dalam pada itu, pemilik nama Ridzuan Haqiem Rusli menyatakan bakal isterinya merupakan rakan bisnes perniagaannya. Kata pelantun lagu Tergantung Sepi, biarpun umur wanita pilihannya berumur 19 tahun namun dia yakin itu adalah pilihan tepat.

Dia merupakan rakan bisnes saya, kalau nak tahu dialah bos besar dan saya ni duta saja.

Bila jumpa dia, apa saIahnya saya masuk saham sikit, maka keraplah berjumpa dan sering berbincang pasal bisnes, saya yakin dialah orangnya.

Dia melengkapi saya dan banyak banyak mengubah saya ke arah kebaikan. Usianya kini 19 tahun.

Pada malam ABPBH34, Haqiem telah memenangi kategori Penyanyi Lelaki Popular Xiaomi.

Sumber: Instagram @haqiemrusli98_

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber:OHBULAN

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

 

Leave a Comment