“Untuk Suami Tercinta, Tahan Sikit Ya” -Selesai 100 Hari Berpantang, Ozlynn Wati Selitkan Kata-Kata Ni Buat Suami

Pelakon dan isteri kepada pelawak Johan, Ozlynn Wati berjaya menamatkan tempoh berpantang selama 100 hari selepas melahirkan anak keenamnya, Nur Latifah Cherdiq Hanania pada September lalu.

Menurut Ozlynn atau nama sebenarnya Rozlinawaty Ismail, 40, dia meluahkan rasa syukur kesihatan dalamannya sudah kembali pulih dan boleh kembali bekerja mencari rezeki.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania)

“Pantang 100 hari selesai alhamdulillah, rasa happy gila. Ramai cakap aku dah start kerja, yes memang aku dah start kerja. Sama macam ibu-ibu lain yang mana ada tanggungjawab terpaksa keluar mencari rezeki untuk bantu suami bantu keluarga.

“Sama je macam aku, jangan lupa pakai stoking, aku selalu keluar pakai sweater. Pakai baju tebal-tebal, sweater tebal-tebal, pakai stoking.

Itu paling penting okay.

“Tapi untuk suami tercinta, tahan sikit ya papa,” ujarnya di dalam sebuah video yang dimuat naik.

Video

Menerusi perkongsian itu lagi, Ozlynn turut menjalani terapi sauna sebagai salah satu rawatan di dalam tempoh berpantangnya.

Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya meluahkan rasa kagum mereka melihat pelakon Kampong Pisang Bersiri-siri itu mampu menjalani hari berpantang yang agak lama berbanding tempoh kebiasaan selama 44 hari.

“Masalahnya tak kembang pun muka tu, cantik je! Badan pun maintain,” puji Faradhiya.

“Tahniah bertahan pantang 100 hari. Saya yang 44 hari pun tak tahan, macam macam nak makan. Tahniah awak,” komen seorang wargamaya.

“Bestnya mampu berpantang sampai 100 hari. Kak Ozlynn pun semakin cantik berseri dah,” kata seorang wargamaya.

“Saya admire sis! 100 hari tu banyak dugaan dan cubaan,” ujar seorang wargamaya.

“Alhamdulillah, dapat juga suami yang memahami. Demi kesihatan masa depan, suka tengok,” tulis seorang wargamaya lagi.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania)

Sekadar info, Cherdiq dilahirkan pada 3 September lalu dan ia mengejutkan ramai peminat memandangkan Ozlynn tidak pernah berkongsi tentang kehamilan anak keenam ini.

Selain Cherdiq, Johan dan Ozlynn dikurniakan lima cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Chantiq dan Moleiq.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber : gempak

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment