Pertama Kali Teman Isteri Masuk Bilik Bers4lin, Harry Khalifah T4kut

IMPIAN penyanyi dan komposer, Harry Khalifah untuk memiliki seorang lagi anak perempuan akhirnya tercapai apabila isterinya iaitu Noormala selamat melahirkan cahaya mata kelapan pada pagi Sabtu.

Menurut Harry atau lebih mesra disapa Apak, 41, isterinya melahirkan bayi seberat 3.13 kilogram itu secara normal di sebuah pusat perubatan swasta di Selangor kira-kira pukul 9 pagi.

Bersyukur proses kelahiran dipermudahkan, Harry berkata ini merupakan pengalaman pertama dia menemani isterinya di bilik bers4lin.

“Alhamdulillah syukur! Selepas lama menanti akhirnya saya dapat anak perempuan kedua. Proses kelahiran dipermudahkan, isteri masuk bilik bersalin kira-kira pukul 6 pagi dan melahirkan anak kami tiga jam kemudiannya.

“Biasalah orang dah berpengalaman cumanya selama ni tujuh orang anak yang lain saya tak ada di sisi dia, tapi hari ini saya dapat teman isteri duduk tepi tengok anak keluar.

Apak luah rasa syukur timang anak perempuan kedua.

“Satu pengalaman baharu untuk saya, tak tahu nak cakap macam mana… rasa sedlh, terharu dan gembira semua ada. Memang best dapat tengok kelahiran secara live tapi t4kut-t4kut tu ada la juga.

“Walaupun tak tidur sehari kerana sibuk di studio, kemudian pagi terus ke hospital tapi rasa sangat seronok. Alhamdulillah,” katanya ketika dihubungi mStar.

Nama dah ada tapi saya dengan isteri tengah berbincang lagi untuk pilih nama yang terbaik

HARRY KHALIFAH

PENYANYI

Dalam pada itu, Apak atau nama sebenar Ahmad Sairi Haslan Mohd Redzwan memberitahu dia dan isteri sudah mempunyai nama untuk bayi berkenaan.

Bagaimanapun mereka akan berkongsi mengenai nama itu pada hari ketujuh kelahiran.

Apak (tengah) bersama dua anaknya yang juga penyanyi Chombi (kiri sekali) dan Mizan.

“Nama dah ada tapi saya dengan isteri tengah berbincang lagi untuk pilih nama yang terbaik.

“Apa-apa pun saya nak ucapkan terima kasih kepada semua rakan-rakan dan pengikut yang mendoakan kami,” ujarnya.

KOMEN NETIZEN:

Untuk rekod, dua anak Harry Khalifah iaitu Mizan dan Chombi merupakan penyanyi yang sedang meningkat naik.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber: mstar

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment