Ibu Pelakon Jue Aziz J4tuh S4kit.. Pohon Doa Orang Ramai Untuk Kesihatan Ibunya

Ibu kepada pelakon Jue Aziz dikejarkan ke hospital malam tadi selepas tangan sebelah kirinya berasa keb4s dan tidak berdaya untuk mengangkatnya.

Kata Jue sebelum itu, ibunya, Nor Asmah Mohd Nor, 71, tersungkur jatuh ketika sedang sembahyang.

“Sebenarnya dia ada tersungkur ketika solat semalam dan keadaan mak masa itu seperti tersembam mukanya. Dia kata tiada apa cuma mungkin terlalu letih.

“Malam tadi jam 10 dia beritahu tangan sebelah kirinya terasa kebas dan tak boleh angkat pula. Jadi abang saya terus bawa mak ke hospital,” katanya kepada Gempak.

Kini ibunya perlu ditahan di Hospital Kuala Lumpur selepas doktor mengesahkan ada pend4rahan beku di kepala yang menyebabkan ‘mild str0ke’

“Doktor sahkan ada d4rah beku di kepala dan tekanan d4rahnya agak tinggi sehingga menyebabkan ‘mild str0ke’.

“Sekarang ni doctor masih buat siasatan lagi dan mak perlu ditahan di wad,” beritahunya.

Jue yang menjaga ibunya yang sedang saklt terpaksa menolak tawaran berlakon yang sepatutnya memulakan penggambaran hari ini.

“Sepatutnya hari ini mulakan penggambaran tetapi dah jadi macam ni saya reda mungkin ini rezeki saya dapat menjaga mak. Saya harap mak cepat sembuh, saya tahu dia kuat,” ujarnya.

Menerusi entri Jue di Instagram lima hari lalu, ibunya kelihatan masih sihat dan ceria dalam sebuah video yang dimuat naik.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Jue Aziz (@jueaziz22_official)

Sumber : IG Jue Aziz

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber:teh tarik kaw

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment