Adakah Rentas Daerah Dibenarkan? Ini Jawapan Menteri

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang meneliti kebenaran untuk merentas daerah dalam negeri yang berstatus hijau.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan akan diumumkan pada masa yang sesuai.

“Semalam kita sudah bincang dalam sidang khas MKN (Majlis Kes.elamatan Negara) yang dipengerusikan Perdana Menteri, hari Ahad pun ada mesyuarat, perkara itu sudah dibentangkan, kita sedang meneliti secara terp.erinci.

Kredit Gambar

“Jadi insya-Allah kita akan perincikan kalau sampai masanya. Pengumuman, kita tunggu,”katanya pada sidang media sebelum sesi ramah mesra bersama pegawai dan kak.itangan pe.rubatan yang dilantik secara kontrak oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Auditorium Hospital ATM Tuanku Mizan, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai terdapat permintaan penduduk di kawasan zon hijau yang mahu dikecualikan daripada pelaksanakan Kawalan Pergerakan fasa pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Ismail Sabri berkata, perkara itu memerlukan perincian bagi mengelakkan kekeliruan berlaku seperti yang berlaku pada P.erintah kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.

“Dulu kita pernah lakukan tapi ramai yang kata agak mengel1rukan, PKPB (P.erintah Kawalan Pergerakan Bersyarat), PKPP (PKP Pemulihan) dalam satu negeri, malah satu daerah pun ada. Orang merungut waktu itu kata keliru dalam satu negeri ada SOP berb.eza, ada yang PKPP, ada yang PKPB.

“Akhirnya kita buat cadangan nilai ambang berdasarkan nasional tapi ada juga yang berpandangan kalau peringkat nasional, Perlis misalnya k.es rendah tapi tidak dapat keluar dari fasa satu ke fasa dua kerana terpaksa ikut seluruh negara yang mana penyumbang terbesar Selangor, lebih 2,000 k.es tiap hari.

“Kalau ikut Selangor, negeri yang hanya dua angka sahaja terpaksa dikawal diletak di bawah PKP yang taraf sama dengan Selangor tetapi tarafnya sudah hijau,” tambahnya.

Sementara itu, Ismail yang juga Menteri Pertahanan memaklumkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kini bersedia untuk membina empat lagi H.ospital Medan sekiranya diperlukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Ia susulan pelantikan 130 doktor dan paramedik yang dibuat hari ini secara kontrak untuk memb.antu KKM menangani C0vid 19.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Kredit:MG

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment