Wajah Cantik Isteri Jadi Vir4l, Ini Kata2 Yassin- “Nikmatilah Waktu Sekarang Ni”

Yassin ditemui ketika majlis tayangan perdana filem Nasi Lemak 1.0 di Kuala Lumpur pada Jumaat.

Baru-baru ini kemunculan Yassin dalam video di akaun TikTok Warda Waheeda milik Farah mencvri perhatian ramai.

Rata-rata netizen tidak mengetahui anggota kumpulan Senario itu sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan berusia lima tahun.

Mengulas lanjut tentang isteri dan anaknya yang kini menjadi perhatian ramai, Yassin berkata dia tidak dapat menahan kuasa media sosial dan akur apabila kini hal rumah tangganya mula diperkatakan.

“Zaman teknologi ini media semakin meluas dan menjadi viral. Apa sahaja yang kita buat akan diperhatikan.

“Sebelum ini saya lebih suka dikenali dengan kerjaya sendiri.

“Saya juga seorang yang berbeza jika berada di rumah. Jadi lebih senang untuk asingkan kisah peribadi,” ujar Yassin.

PERTAMA KALI NETIZEN NAMPAK ISTERI YASSIN SENARIO

Yassin berkahwin dengan Farah Waheeda Maharidan, 43, pada 2011 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Putri Aulia Zawarda, 5.

Bercakap tentang filem Nasi Lemak 1.0, Yassin berkata dia tidak memikirkan soal kontr0versi pengarah Namewee yang heboh diperkatakan sebelum ini.

“Saya melihat dia seorang yang berbakat. Saya tak pandang kontr0versi.

“Hasil kerjanya baik terutama dalam aspek sinematografi. Dia sangat teliti,” jelasnya.

Filem yang menelan belanja RM 3.5 juta ini bakal menemui penonton bermula 27 Januari ini di 120 buah pawagam seluruh Malaysia.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber : MSTAR ONLINE

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment