Selepas Ditvduh Cvlik Anak-anak, Ini Pended4han Badrul Tentang

Pelakon Badrul Muhayat menafikan dakw4an bekas isteri, Julia Daud kononnya dia mencvlik dua anak mereka, Nur Delisha, 14, dan Badrul Hidayat, 11.

 

Badrul berkata dia juga enggan memanjangkan lagi isu ini dan menganggapnya sudah selesai kerana anak-anak sudah pulang ke rumah ibu mereka.

“Seperti yang saya nyatakan sebelum ini saya tidak cvlik anak-anak saya. Mereka minta saya ambil. Dakw4an dia (Julia) tidak benar.

“Lagipun sekarang ni kan cuti sekolah, sepupu mereka ramai di Kuala Lumpur. Mereka pun dah beritahu ibu mereka seminggu sebelum ni.

“Saya ambil di rumah mentua hingga ia jadi kec0h tapi mereka benarkan saya ambil dan saya tidak ump1l pintu sebab anak-anak ada kunci sendiri.

“Saya juga tidak mahu memanjangkan lagi isu ini kerana semuanya sudah selesai. Anak-anak pun sudah balik,” katanya kepada Gempak.

Ditanya sama ada dia akan mengambil tindakan terhadap bekas isteri kerana membuat tudvhan palsv, Badrul berkata, dia sedang memikirkan perkara tersebut.

Namun katanya, semua itu tidak berbaloi kerana ia melibatkan anak-anak.

“Mula-mula saya terfikir juga tentang tindakan terhadap dia. Tetapi tak berbaloi kerana melibatkan anak-anak saya. Walaupun dia sudah menjatvhkan maruah saya di laman sosial dan berkata perkara tidak benar.

“Isu nafkah misalnya, dia tak ingatkah yang saya tanggung anak, saya bayar bulan-bulan duit pengasuh?.

“Memang saya pernah tidak konsisten soal nafkah kerana sedang susah, tetapi saya beri ikut kemampuan.

“Saya tak berlakon hampir tujuh tahun, kalau saya ada RM1,000 atau RM300 sekali pun saya tetap bagi ikut apa yang mampu,” katanya.

Tambah Badrul, dakwaan kononnya dia meninggalkan anak-anak di Balai Polis Slim River juga tidak benar.

“Saya ke Balai Polis Kuala Kubu Baru dan selepas itu ke Balai Polis Slim River kerana polis panggil untuk rakam percakapan saya dan anak-anak saya.

“Kebetulan bekas isteri dan suami juga ada di situ untuk di ambil kenyataan mereka. Selepas semuanya selesai, saya bertemu mereka dan serahkan anak-anak di situ.

“Dakwaan tinggalkan anak begitu saja tidak benar,” katanya kesal.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Sumber : https://www.satkoba.bbn.my/2021/12/selepas-ditvduh

Leave a Comment