Dikec4m Ucap Birthday Sajat, Siap Dengan Ayat ‘Pretty W0men’- Sekali Ini Resp0n Zarina Zainuddin

“Happy birthday pretty woman @nursajatkamaruzzaman apa pun yang Sajat lalui akak tetap doakan yang terbaik buat Sajat. Semoga pengakhiran yang baik buat Sajat,” demikian tulis pelakon

Zarina Zainuddin yang memberi ucapan hari jadi kepada usahawan kosmetik kontr0versi, Sajat, baru-baru ini.

Bagaimanapun, ucapan Zarina itu menerusi ruangan komen Instagram Datuk Seri Aliff Syukri itu menerima kec4man netizen, lebih-lebih lagi penggunaan ayat ‘pretty woman’.

Rata-ratanya mengatakan ayat tersebut tidak sesuai diguna pakai memandangkan jantina Sajat sebagai seorang lelaki. Netizen juga mend4kwa ayat tersebut seolah-olah memberikan

galakan untuk Sajat terus menjadi wanita.

Tidak berdiam diri, Zarina tampil menjelaskan dia hanya sekadar memberikan ucapan biasa tanpa sebarang niat. Kata Zarina, dia tidak menyokong perbuatan Sajat sebaliknya

mendoakan usahawan itu mendapat pengakhiran yang baik.

Selain itu, Zarina juga memohon maaf andai kata pandangannya itu salah namun dia meminta agar netizen membaca penulisannya itu sehingga habis.

“Salam, saya baca je komen dalam ni banyak yang neg4tif, jangan macam tu kita ada keluarga juga dan kita hidup di kelilingi masyarakat. Saya tak sokong Sajat saya doakan dia,

saya cuma kata dia cantik sebab dia memang cantik macam perempuan…

“Kalau pandangan saya saya saIah saya minta maaf tapi cuba baca caption saya sampai habis… Saya doakan pengakhiran yang baik buat Sajat.

No matter who you are Allah knows the best for you… Kita makhluk Allah yang banyak berd0sa kita pun tak suci mana.

“Dekat sini saya tengok orang kita suka mel4ga l4gakan sesama sendiri suka menghlna orang… Setiap orang ujian hidup dia lain mungkin family kamu tidak terlibat Igbt,

mungkin ambil dadah ke berzlna makan duit h4ram ke d0sa d0sa yang kamu sendiri tak tahu… Allah yang tahu semua orang boleh bertaubat Allah Maha pengasih

Maha pengampun Maha Penyayang… Serahkan diri pada Allah…” ujarnya.

Sajat sedih sambut hari jadi tanpa anak

Usahawan kontr0versi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Sajat meluahkan rasa sedlh apabila tidak dapat menyambut hari kelahirannya bersama anak-anaknya hari ini.

Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik Sajat di laman Instagram miliknya, dia hanya mampu mengimbau kembali kenangan bersama dua orang anak angkatnya itu selain menyifatkan

kehadiran mereka sebagai hadiah yang paling bermakna buat dirinya.

“Tiada apa yang ingin saya katakan pada hari ini.

“Buat hari jadi adalah kenangan saya dengan anak-anak saya kerana merekalah hadiah paling berharga untuk saya,” tulisnya.

Sementara itu, Sajat sempat berkongsi gambar dia dan anak-anaknya ketika sambutan hari jadi tahun lepas.

Menurutnya, sudah hampir setahun dia tidak bertemu dengan anak-anaknya dan memohon maaf kerana tidak dapat mengadakan sambutan hari jadi dengan meriah pada tahun ini.

“Tahun ini, saya hanya rindukan anak-anak saya sahaja. Ini gambar saya dengan anak saya pada tahun lepas, 23 Februari 2021.

“Tetapi hampir satu tahun berlalu dan waktu berjalan pantas, saya rindu sangat pada anak saya.

“Maafkan saya jika saya tak sambut meriah hari jadi saya sebab saya banyak memikirkan perasaan anak-anak saya,” katanya lagi.

Dalam pada itu, dia turut menitipkan ucapan selamat hari jadi buat dirinya selain meluahkan rasa sayang kepada kedua-dua anaknya serta kekasih hatinya, Jados.

“Selamat hari jadi untuk Nur Sajat buat terakhir untuk tahun ini, semoga Sajat berbahagia dan berjaya selalu di dalam kehidupan ini.

“Buat Syaza dan Syahmi, saya cintakan kamu berdua.

“Untuk kekasih hati, Jados saya cintakan awak selamanya,” luahnya. – KOSMO! ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber: myartis   via info kini

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment