Ini Senarai Negeri Yang Akan Beralih Ke Fasa 3 PPN Rabu Ini

PERLIS, Sarawak dan Labuan akan beralih ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN), berkuat kuasa Rabu ini.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi posting di halaman Facebook beliau, petang Isnin.

“Saya berharap dengan kerjasama semua pihak di seluruh negara lebih banyak negeri akan dapat bergerak ke fasa seterusnya.

“Kita harus optimis dan terus bergerak ke hadapan supaya pemulihan negara dapat dijalankan dengan lebih sistem4tik dan selamat,” katanya.

Beliau turut mempengerusikan mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi memperincikan kemudahan kepada individu yang telah lengkap mendapat dua dos suntik4n v4ksin.

“Turut dibincangkan adalah kemudahan yang bakal dinikm4ti sektor ekonomi.

“Perkara ini perlu diperhalusi dengan berhati-hati bagi memastikan usaha kerajaan untuk memulihkan ekonomi dan kualiti hidup rakyat dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan,” katanya.

Beliau berkata, lebih ramai yang divaksinasi, lebih ramai yang terlindung, lebih kurang tekanan dan bebanan kepada sistem kesihatan negara dan lebih banyak sektor ekonomi dan sosial yang boleh dibuka dengan selamat.

Kejayaan pelan pemulihan perlu sokongan rakyat

PELAN Pemulihan Negara diumumkan Perdana Menteri menggariskan strategi jelas mengenai hala tuju peralihan keluar negara daripada cengkaman pand3mik secara berfasa.

Wartawan BH, Rohaniza Idris mendapatkan pandangan Profesor Ekonomi di Graduate School of Business, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali dan aktivis sosial, Dr Chandra Muzaffar, mengenai hala tuju dan impak dari segi ekonomi dan sosial.

Soalan (S): Bagaimana Tan Sri melihat Pelan Pemulihan Negara?

Jawapan (J): Ramai kel1ru menyatakan pelan ini untuk memulihkan ekonomi negara daripada pandemik. Ia jelas memperincikan indikator utama digunakan kerajaan dalam menilai untuk melonggarkan dan secara beransur keluar mengikut fasa daripada sekatan pergerakan penuh berdasarkan asas data serta fakta sains.

Saya percaya pelan ini sudah dibuat berdasarkan perkiraan sebaiknya dan seperti dinyatakan Perdana Menteri, berdasarkan fakta realistik. Jika dilihat ukuran ini berkait dan paling utama pada saya adalah kadar vaksinasi yang akan mempengaruhi kadar kes harian dan kapasiti wad di unit raw4tan rapi (ICU) di hospital awam. Ini pada hemat saya mewujudkan kepastian dan ketelusan dalam cara kerajaan menentukan fasa pemulihan dan keluar daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

S: Boleh ulas tiga indikator ditetapkan melalui pelan pemulihan ini?

J: Bagi saya, faktor utama ialah prestasi kadar vaksinasi. Dalam hal ini kita perlu mempunyai bekalan vaksin mencukupi. Pada masa ini kita beli dari luar daripada pelbagai sumber. Jadi, pasti keupayaan memastikan bekalan vaksin mencukupi penting dan kemudian kecekapan perkhidmatan awam untuk memastikan kadar vaksinasi ini dicapai.

Rakyat juga perlu bertindak dan bersedia divaksin. Dengan kadar v4ksin tinggi, kedua-dua indikator tadi seharusnya bertambah baik. Di samping v4ksin, semua pihak perlu ambil tanggungjawab dan patuh prosedur operasi standard (SOP) sebaik mungkin. Jika tidak, kes tetap terus berulang dan berlegar dalam lingkungan sama.

Dengan pengumuman bekalan vaksin lebih banyak sampai pada masa terdekat serta lebih banyak pusat pemberian v4ksin (PPV) akan dibuka, termasuk melalui pandu lalu, mobile (bergerak) yang masuk ke kampung dan terkini Program Imunisasi Industri c0v1d-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS), saya kira kita sudah berada di laluan tepat. Lagi banyak saluran dan penyertaan swasta, maka pencapaian lebih baik dapat dihasilkan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber:limauasamboi

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment