Hidup sunyi, Iqbal luah hasrat nak ambil anak angkat… yakin mampu tanggung ibu dan anak sekali

Iqbal bersedia mahu jadi bapa angkat.

SELEPAS mendedahkan jumlah gaji sebenar yang diterima daripada Datuk Seri Vida, usahawan sensasi Iqbal Zulkefli kembali dengan episod baharu apabila meluahkan hasrat ingin mengambil anak angkat.Iqbal, 27, berkata, dia sudah bersedia menggalas tanggungjawab sebagai bapa sekiranya diberi peluang untuk menjaga anak angkat.

“Saya dah lama nak ada anak tapi disebabkan belum ada peluang dan rezeki lagi.

Hati Iqbal belum terbuka menerima cinta selepas putvs dengan Vida.

“Baru-baru ini ada orang hantar gambar wanita hamll yang tiada bapa, jadi saya rasa kasihan dan terfikir untuk ambil anak angkat.

“Kehidupan saya sekarang sunyi dan sepi mungkin sudah tiba masanya untuk fikirkan tentang anak angkat,” katanya kepada mStar.

Terdahulu, Iqbal menerusi Instastory berkongsi foto seorang wanita Indonesia yang sarat mengandvng.

Sementara itu, bercakap soal jodoh, Iqbal berkata, dia masih belum terbuka hati untuk mengenali mana-mana wanita selepas hubungan percintaannya dengan Vida terpvtus di tengah jalan.

“Kalau fasal wanita tu, saya hanya nak mengenali dia. Yela nak jadi ayah angkat kena la kenal mak dia.

“Tapi nak kenal bukan bermaksud nak kahwin saya hanya nak berkenalan sahaja. Tapi kalau memang dah jodoh saya, saya tak boleh nak tolak.

“Saya tak sampai hati tengok dia ditinggalkan suami. Jadi saya sanggup jaga anak dia sebab nampak air muka dia lembut dan baik,” ujarnya.

Hati Iqbal terbuka untuk ambil anak angkat.

Tambah Iqbal, soal kewangan dia yakin mampu untuk menyara dan membesarkan anak tersebut sehingga dewasa.

“Dari segi kewangan dan menyara hidup anak dan si ibu saya rasa mampu,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber:Mstar

Leave a Comment