“Kau Punya Mer0yan Sama Macam Dalam Live” Mona Allen Meng4du Iqram Dinzly Cek1k Dia Sampai Rasa S4kit

GARA-GARA melakonkan satu babak aksi, pelakon Mona Allen meluahkan rasa m4rah apabila diceklk terlalu kuat oleh rakan gandingannya, Iqram Dinzly.

Mona menerusi Instagram berkata, Iqram tetap mengulangi perbuatannya itu walaupun sudah beberapa kali ditegur.

“Bila orang suruh berlakon, berlakon je lah. Tak payah buat betul-betul.

“Method sangat. Lepas ini jangan harap nak ada babak bersama. Kau punya mer0yan sama macam dalam live.

“Ingatkan dah tak psik0, rupanya memang sejak azali. Bukan sekali dua babak dia ceklk saya. Setiap kali mesti saklt.

“Dah cakap elok-elok tak mahu dengar,” tulis Mona pada Selasa.

Terdahulu, adegan Iqram mencekik Mona menerusi drama Hati Yang Dikhlanati itu turut dikongsikan pelakon Mia Nasir menerusi Instagram.

Reaksi Iqram

Sementara itu, Iqram atau nama sebenarnya Muhammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin, 41, yang dihubungi enggan mengulas lanjut demi menghabiskan penggambaran secepat mungkin.

Dia hanya mahu mengambil sikap profesional dalam menjalankan kerjaya sebagai seorang pelakon.

“Saya tak mahu komen dulu hal ni sebab tinggal beberapa babak sahaja.

“Risau nanti keruhkan keadaan,” ujarnya kepada mStar.

Untuk rekod drama Hati Yang Dikhlanati yang ditayangkan di saluran Astro Prima ini sudah mula menemui penonton sejak April tahun lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber : MSTAR ONLINE    via rose merah

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment