lnslden Ceklk Mona Allen, Akhirnya Iqram Dinzly Tampil Dedah Cerita Sebenar

Pertengk4ran antara pelakon Mona Allen dan Iqram Dinzly yang heboh diperkatakan sebelum ini diakui hanyalah sekadar kandungan media sosial bagi mempromosikan drama lakonan mereka iaitu Hati Yang Dikhi4nati.

Iqram yang kini mahu dikenali dengan nama Iqram Dinzlycious berkata kejadian itu hanya gimik yang dirancang untuk dijadikan bualan netizen.

“Kami hanya berikan satu hidangan untuk mereka yang suka ‘membawang’.

“Perkara sebegini dah menjadi trend. Orang tidak akan ambil tahu kalau asyik bercakap perkara yang baik.

“Nama pun media sosial, jadi kami buat hanya untuk suka-suka. Terpulang kepada netizen untuk menilai,” katanya ketika dihubungi mStar.

Sebelum ini tersebar video yang menunjukkan Iqram menceklk Mona ketika di set penggambaran hingga mendapat kritlkan ramai peminat.

Menurut Iqram, dia sudah lali dengan kec4man dan berharap kemunculannya dalam drama itu mendapat perhatian.

“Kami manfaatkan situasi dan kemunculan saya dalam drama ini untuk diperkatakan.

“Orang dah banyak berkata bvruk tentang diri saya sebelum ini. Biarlah mereka mahu kata apa sekalipun,” ujarnya.

Dalam masa sama, Iqram menjelaskan hubungan dia dengan Mona tidak ada sebarang masaIah.

Malah dia turut mendapatkan izin suami Mona iaitu pelakon Pekin Ibrahim sebelum memulakan penggambaran.

“Bukan hanya Mona, seluruh pasukan produksi bagaikan keluarga buat saya. Mereka memberikan aura positif sepanjang di set penggambaran.

“Mona seorang pelakon yang hebat dan kami sendiri sudah tahu perancangan untuk membuat sedikit kontr0versi ini akan menerima kec4man. Sebenarnya hubungan kami baik sahaja.

“Sebelum berlakon saya ada berjumpa Pekin dan meminta izin untuk bergandingan dengan Mona. Dia kata jalan je,” ujarnya. -CARI

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber : CARI

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment