Men4ngis Dalam Bilik Air Teringatkan Arw4h Anak, Isteri Azmi Saat Masih Terkenangkan Arw4h Anaknya

Meskipun sudah lima bulan pemergian anaknya yang sempat dipinjamkan Tuhan hanya seminggu, vokalis Caliph Buskers, Azmi Saat berkata dia dan isterinya, Nazira Muhammad masih terkenangkan arw4h anaknya.

Menurut Azmi, meskipun sudah menerima ketentuan takdir, namun sebagai manusia biasa mereka tidak mampu menahan sed1h dan emosi ada kalanya datang.

“Saya paling kasihankan isteri.Ada ketika bila emosi sed1h itu datang, tiba-tiba saya dengar dia men4ngis di bilik air. Tak ada apa yang boleh saya katakan lagi melainkan sabar.

“Sampaikan dia tak boleh dah nak dengar perkataan sabar itu. Tapi saya alan tetap tenangkan dia dan peluk dirinya,” katanya.

Dalam pada itu, Azmi berkata, isterinya akan terkenang arw4h anak mereka apabila melihat mana-mana anak kecil di depan mata atau media sosial.

“Dengar suara anak orang pun adakala dia akan sebut, alangkah seronoknya kalau ada anak. Ada terbaca kisah anak orang yang men1nggal dunia di Facebook atau di media sosial, dia akan rasa termotivasi sekejap.

“Begitulah keadaan dia. Maklum sajalah, sejak 10 tahun berumah tangga ini, kami jarang ada masalah besar. Kehilangan anak ini adalah yang paling besar ujian kami hadapi,” katanya.

Sementara itu, Azmi berkata dia dan isteri tidak pernah berputus asa untuk terus berusaha mendapatkan cahaya mata serta percaya kepada Allah.

“Saya pun pernah juga tanya isteri jika nak ambil anak angkat. Tapi dia kata belum bersedia. Dia nak cuba juga dapatkan zuriat sendiri.

“Kalau ambil anak angkat, kemudian dikurniakan zuriat sendiri, bimbang tak dapat bahagi kasih sayang dengan sempurna,” katanya.

Terdahulu, pasangan itu menimang cahaya mata lelaki diberi nama Khairul Afnan pada 27 September lalu selepas 10 tahun menanti. Bagaimanapun, selepas seminggu cahaya mata mereka disahkan men1nggal dunia akibat keg4galan fungsi 0tak.

SUMBER:  UTUSAN ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

SUMBER: Rotikaya

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment