Isteri Fizo Omar Beri 3 Sebab Mengapa Tidak Bertindak B4las Terhadap Kritlkan

Pelakon terkenal, Fizo Omar pada Oktober tahun lalu mengejutkan ramai peminat apabila selamat mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita yang dikenali sebagai, Fazeera Nazri Aziz.

Berita itu bagaimanapun disambut gembira oleh peminatnya berikutan dia dan wanita pilihan hatinya itu, tahu-tahu diketahui umum sahaja sudah sah bergelar suami dan isteri.

Fazeera Nazri Aziz nampaknya juga tidak terkecuali daripada mendapat perhatian peminat Fizo Omar apabila kecantikannya disaat dikongsikan foto-fotonya membuatkan ramai memberikan pujian buatnya.

Terbaharu ternyata tidak hanya kecantikan isteri Fizo Omar ini sahaja yang mendapat pujian warganet. Ini kerana selepas satu rakaman video yang dimuat naik menerusi aplikasi, TikTok membuatkan rata-ratanya memuji kepandaiannya pula.

Dapat dilihat menerusi hantaran video yang dikongsikan ini memaparkan, isteri Fizo Omar memberikan kata-kata motivasi dan percakapannya itu menerima ribuan tanda suka ramai.

Dalam pada itu, ada juga warga TikTok menyangka Fazeera membuat video alih suara dan rupanya ia merupakan suaranya sendiri sekali gus ramai suka mendengarkan kata-kata motivasi yang dikongsikannya itu.

“Sebab tu encik Fizo sayang, isteri selalu bagi positive vibe. Semoga perkahwinan awak…”

“Suka betul dengar Fazeera ni cakap”

“Ingatkan suara dubblng sekali suara sendiri…”

Peminat nampak ‘baby bvmp’ isteri Fizo Omar, ramai sy4k Maryam bakal dapat adik

FOTO dan video percutian Fizo Omar bersama keluarga menjadi perhatian apabila netizen mula mengesyaki isteri pelakon itu iaitu Fazeera Nazri kini sedang h4mil.

Menerusi ruangan komen pada foto berkenaan, beberapa netizen bertanya tentang keh4milan dan ‘baby bvmp’ yang kelihatan pada perut isteri Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 36.

“Macam terlihat isteri meng4ndung.

“Maryam dah nak ada adik ke?

Perubahan pada Fazeera menimpulkan tanda tanya

“Nampak macam baby bvmp,” antara komen dan pertanyaan peminat.

Lebih menguatkan lagi spekulasi itu, perkongsian video di Instagramstory kakak Fizo iaitu Wan Diana Wan Omar juga seakan-akan memberi bayangan tentang hal tersebut.

Maryam dah nak ada adik ke?

“Aunty Fazeera okey?” soal Wan Diana.

“Baby Faz okey…” jawab Fazeera.

Sementara itu, usaha mStar mendapatkan komen Fizo belum berhasil apabila pelakon berkenaan tidak memberi sebarang jawapan.

Antara komen netizen

Sekiranya benar isteri Fizo sedang h4mil, didoakan agar kandung4n berkenaan membesar dengan sihat dan selamat.

Fizo dan Fazeera bernikah pada 21 Oktober 2021 dalam satu majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.

Ini merupakan perkahwinan kedua buat Fizo. Dia pernah berkahwin dengan usahawan Mawar Karim pada 2013 namun bercer5i pada Julai 2019.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata Wan Maryam, 5 tahun.

Lelaki perlukan perempuan – Fizo Omar

DARI raut wajah dan setiap kerlipan matanya sahaja, lelaki dengan nama lengkap, Wan Hafizol Wan Omar, 36, itu terlihat bahagia.

Dia bahagia menjawat peranan suami buat kali kedua. Dia juga bahagia kembali mempunyai isteri selepas dua tahun hidup ‘mendud4’.

Ungkap Fizo, sekitar sebulan bergelar suami kepada Fazeera Nazri Aziz, 25, banyak perihal yang dipelajari, terutama dalam bab menguruskan bahtera rumah tangga.

“Alhamdulillah. Dua tahun duduk dalam ‘showroom’ lama sangat, baru sebulan lebih kahwin, saya rasa ada orang jaga. Itu satu. Kemudian, rasa seronok apabila ada tulang belakang.

“Sebagai seorang lelaki, berjaya macam mana sekalipun, kaya macam mana sekalipun, saya percaya, kita tetap perlukan perempuan. Tak payah somb0ng, tak payah berl4gak,” katanya saat ditemui penulis di FV ATV Park, Bidaisari Resort, Janda Baik Isnin lalu.

FIZO mengakui, realitinya, semua lelaki sangat memerlukan kehadiran seorang wanita dalam kehidupan.

‘She’s the one’

Katanya, keperibadian isterinya, Fazeera membuatkan hatinya terpana sekaligus membulatkan keputusan untuk sekali lagi berumah tangga.

“Istimewanya isteri, dia orang yang biasa-biasa dan dia tak pandang pun saya ini Fizo Omar, orang popular, artis dan sebagainya. Seperkara lagi, dia sangat pentingkan nilai kekeluargaan. Sangat ‘family-oriented’ dan sangat rapat dengan mak saya.

“Dengan anak saya, Maryam dia terlalu rapat hinggakan waktu kami baru berkenalan sekitar awal-awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Maryam tak nak jumpa saya, dia nak berkepit dengan Auntie Faz (Fazeera) sahaja!,” ujar Fizo bersama segaris senyuman terukir di bibirnya.

Kata anak seni kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu, walaupun Fazeera baru berusia 25 tahun, dia seorang wanita yang sangat matang.

“Orang usia 25 tahun tetap akan berperangai seperti usia begitu. Tetapi, Fazeera tahu bawa diri. Mungkin pengalaman bekerja di awan biru sebagai seorang pramugari dan selalu berada di luar negara membuatkan dirinya sangat memahami dan matang.

“Apa pun, seorang suami tetap perlu mengetuai rumah tangga. Orang putih cakap, suami kena lead the show. Pengalaman saya yang pernah berkahwin sebelum ini banyak membantu perkahwinan sekarang baru berusia sebulan lebih.

“Saya tak cakap dia matang sempurna dari semua sudut itu tapi pada usianya sekarang, dia sangat bagus dan memahami. Naluri ibu dia sangat kuat dan sebab itu saya fikir, she’s the one (dialah orangnya),” kata Fizo.

UNGKAP Fizo, perkahwinan kedua melengkapkan perjalanan hidupnya untuk terbang atau maju lebih jauh, terutama dalam dunia perniagaan.
Meneruskan bicara, Fizo suka untuk mengingatkan kemesraan dan kimia yang terjalin antara isteri ‘baharunya’ dengan anak daripada perkahwinan terdahulunya dengan usahawan, Mawar Abdul Karim iaitu Wan Maryam.

“Maryam beritahu semua orang yang dia ada dua orang mommy. Walaupun dia baru empat tahun, dia yang sibuk suruh saya kahwin. Dia yang suruh sarung cincin apa semua (ketawa).

“Maryam paling gembira sekarang dan saya sangat bersyukur dengan kurniaan rasa bahagia yang dipinjamkan Allah SWT untuk saya dan semua orang yang saya sayang,” tutur Fizo merendah diri.

Kegagalan perkahwinan pertama dengan Mawar membuatkan Fizo bersungguh-sungguh untuk tidak mengulangi apa yang sudah berlaku dalam hidupnya.

MENGINJAK usia 36 tahun, Fizo masih menerima tawaran watak utama dalam projek drama, namun kerap terkekang dek kesibukan waktu.
Katanya, tiada apa selain rasa hormat dan apresiasi terhadap bek4s isterinya, namun kehidupan perlu diteruskan.

Dia berharap Mawar akan bertemu jalan bahagia selepas ini.

“Sebelum ini, saya kerja terlalu kuat sampai rumah tangga terumb4ng-amblng. Bukan saya sahaja yang kerja kuat, bek4s isteri juga kerja kuat.

“Sekarang saya mengerti bahawa walau sesibuk macam mana sekalipun, kita perlu bijak mengatur waktu bersama keluarga. Itu yang paling penting.

“Perkahwinan pertama, saya dan bek4s isteri sangat sibuk cari duit. Itu yang sampai tiada keserasian. Saya tak cakap dia (bek4s isteri) tak baik tapi tiada keserasian disebabkan kurang masa bersama.

“Sekarang, pada usia 36 tahun, perhatian perlu diberikan sewajarnya kepada pasangan dan kena ada work-life balance. Insya-Allah,” ungkap Fizo seraya mendedahkan isterinya, Fazeera sedang dalam proses mendapatkan ijazah sarjana muda dalam bidang pendidikan.

FIZO percaya, bahagia adalah satu daripada sifat bersyukur yang membuka ruang rezeki dalam kehidupan.
Anak seni ‘bijak’

Bertanyakan kelibatnya yang dilihat semakin menjauh daripada status seorang anak seni, sebaliknya lebih cenderung larut dalam dunia keusahawanan, Fizo tidak men4fikan perkara tersebut.

“Industri seni adalah semua yang berkaitan bina nama, populariti dan kredibiliti. Siapa yang bijak akan menggunakan kelebihan yang ada melalui industri ini. Tak kisahlah sebagai penyanyi atau pelakon.

“Kena tahu bagaimana nak monetize (raih untung) daripada segala perhatian yang diberikan. Saya tak n4fikan, jadi pelakon buat orang kenal siapa Fizo Omar tapi semua itu memberi efek domino kepada perkara lain yang saya kerjakan dalam hidup, terutamanya perniagaan.

“Saya masih perlukan lakonan tapi lebih kepada untuk terus menjenamakan diri dari segi publisiti dan hal-hal begitu,” katanya mendedahkan sekitar tahun lalu dirinya pernah jatuh muflis dan berhutang dengan bank sebanyak RM8 juta akibat ditipu dalam perniagaan.

Bangkit balik daripada kegagalan lama, Fizo menitipkan pesanan bukan hanya buat dirinya bahkan sesiapa yang berdepan cabaran atau dugaan dalam kehidupan.

“Kalau Allah bagi kita ujian, bersabarlah. Sebab apa, sebab ujian itu petanda kejayaan atau ganjaran semakin hampir. Apabila datang ujian, celebrate (raikannya).

“Ramai orang apabila ditimpa ujian, mereka mengalah dan akhirnya tak jadi apa-apa. Jujur saya cakap, kalau orang cakap waktu penularan C0vid-19, banyak bisnes terganggu, itu tidak berlaku pada saya. Saya untung berlipat ganda waktu PKP dan bahkan paling banyak,” katanya penuh bersemangat sebelum menggulung bicara.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

sumber: hcl  via RS7

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment