“Itulah Suami Saya Dari Umur 22 Tahun Hingga Kini 51 tahun,”

Pelakon Zarina Zainuddin pada Khamis berkongsi sisi peribadinya sewaktu awal perkenalan dengan suaminya, Datuk Seri Raihan, hampir 30 tahun lalu.

Menurut Zarina, Raihan disifatkan sebagai lelaki yang jujur meski pada mulanya dia takut untuk berkawan dengan mana-mana lelaki.

Malah ketika mahu melamar, Zarina meminta Raihan membawanya berjumpa dengan bakal madunya ketika itu untuk meminta izin.

“Saya nak share satu cerita di mana permulaan sejarah saya kenal dengan suami saya. Di waktu itu saya begitu t4kut nak berkawan dengan lelaki. Saya rasa lelaki semua j4hat semua suka nak ambil kesempatan lagi-lagi pada wanita seperti saya, tiada yang jujur.

“Di usia saya 22, saya berkenalan dengan seorang lelaki yang jujur menceritakan kisahnya mula-mula bercinta dengan isterinya. Dari zaman isterinya tingkatan 2 lagi. Dia cakap bukan senang dia nak rebut hati isterinya sampai nak kena tembak dengan arw4h bapa isterinya dengan senapang patah.

“Last-last dia dapat jugak kawin. Cintanya memang cinta m4ti dengan isterinya. Saya suka dengar dia cerita betapa dia sayang isterinya.

“Bila dia ajak saya kawin saya cakap bawak jumpa isterinya dulu. Dia berani bawak saya jumpa minta izin, his a gentelman. Walau saya kawin tampa cintan cintun tapi dia tak pernah sia-siakan saya,” ded4hnya.

Zarina pada masa sama turut menzahirkan ucapan terima kasih buat ahli keluarga, termasuk pihak madunya.

“Perempuan perlu apa, perlu dihormati, dihargai, disayangi. Selebihnya kita boleh usaha sendiri. Ke mana kau pergi ingat jaga diri jaga solat jaga maru4h selamat dunia akhirat. Semua orang buat saIah dari saIah kita betulkan diri kita, Insyaallah.

“28 years bukan masa yang sedikit. Terima kasih abah, terima kasih kak shimah dan anak anak tiriku terima diri ini seadanya. Terima kasih mak kenalkan Ina dengan insan yang bernama suami.

“Orang banyak tanya itu suami kedua awak ke. Itulah suami saya dari umur saya 22 tahun lagi sehingga kini 51 tahun,” tulisnya lagi.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Zarina Zainuddin (@zarinazainuddin_)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber:MH

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment