Jaa Suzuran Masih Usaha Mencari Cinta, Akui Diri Tak Sepadan Dengan Melissa Th’ng

SERINGKALI ditanya soal jodoh dan pasangan hidup, bekas penyampai radio, Jaa Suzuran mengakui masih belum mempunyai teman wanita.

Jaa atau nama sebenarnya Mohamad Fizal Ahmad, 28, berkata, dia juga masih mencari pasangan yang sesuai untuk dijadikan calon isteri.

“Saya sama saja macam sebelum ini masih single, masih lagi tidak berpunya tapi tengah berusaha untuk mencari, belum sampai masanya lagi.

“Mungkin masa saya masih bersama dengan family tapi InsyaAllah tahun ini kita cari sampai jumpa,” katanya kepada mStar.

Jaa ditemui pada sidang media selepas pelancaran tayangan perdana drama Dongibab yang diadakan di Pavillion, Kuala Lumpur pada Isnin.

Jaa akui hubungan dengan Melissa hanya sekadar kawan.

Dalam pada itu, mengulas hubungan rapat dengan penyampai radio Melissa Th’ng, Jaa berkata mereka hanya kawan baik.

“Status saya dnegan Melissa hanya berkawan sahaja, memang rapat dan senang bekerja dengan dia.

Melissa ni memang la sesuai, dia ni cantik dan baik orangnya. Tapi kena la faham saya kan jenis kampung sikit tak sesuai la kot

JAA SUZURAN

PELAKON

“Melissa ni memang la sesuai, dia ni cantik dan baik orangnya. Tapi kena la faham saya kan jenis kampung sikit tak sesuai la kot,” ujarnya.

Sementara itu, bercakap tentang drama Dongibab, Jaa berkata, dia berasa terc4bar kerana terpaksa membawa watak yang lain daripada yang pernah dibawa sebelum ini.

“Susah bagi saya pada mulanya nak bawa watak serius sebab saya jenis yang rancak-rancak.

Antara barisan pelakon yang menjayakan drama Dongibab.

“Saya jenis yang cakap pun laju, tapi watak ni saya kena tone down sikit. Senyum dua tiga kali je boleh. Tapi kena belajar, sampai bila nak duduk dalam comfort zone saja,” katanya.

Drama Dongibab yang akan ditayangkan pada 24 hingga 29 Januari di platform GG Network 800, Astro GO, and Sooka yang turut dibintangi oleh Fattahzie, Daddyhood dan Ellya Keesha.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment