“Rasa Sangat Kecew4” Dah Tua B4ngka Dah Nak M4mpus Tiba Jadi T4mak HaIoba

Demikian getus vokalis Wings, Datuk Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, 54, yang kecewa melihat perb4lahan dalam kumpulan Search sehingga anggota kumpulan rock legenda itu kini terbahagi kepada dua.

Mengakui Wings kumpulan yang lebih junior berbanding Search, Awie berasakan perg4duhan sebegitu tidak sepatutnya berlaku memandangkan industri hiburan di Malaysia tidaklah besar mana.

“Kami beranggapan, mereka (Search) seperti ‘big brother’. Kami tahu limitasi dan kami ini adik, mereka tetap abang.

“Saya sangat kecewa. Hanya kerana nama dan bukan ada harta pun? Kecewalah, sepatutnya hal sebegini tidak berlaku. Masing-masing nak cari makan, Malaysia kecil, pusing-pusing jumpa orang yang sama,” katanya.

Awie ditemui ketika sesi bersama media persembahan Wings Rocks & Dine 36 Anniversary Celebration di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur yang bakal berlangsung pada 26 Februari.

Memberi contoh, Awie sendiri pernah keluar daripada kumpulan Wings namun tetapi tidak terlibat dalam perbal4hahan seperti kumpulan berkenaan.

“Saya yang bagi nama Wings dan saya pernah keluar daripada kumpulan. Tapi saya tak bising soal nama. Kamu nak cari makan, saya pun nak cari makan. Apa yang tervk sangat nak g4duh pasal nama?,” tegasnya.

Menurut pelantun lagu Tragedi Oktober itu lagi, mereka yang sudah meninggalkan kumpulan disebutkan itu tidak sepatutnya bertindak mengeruhkan keadaan.

“Dah ada populariti, kamu bawalah populariti itu untuk bina satu perkara baharu. Kamu nak guna nama itu juga lepas tu nak hukum kawan-kawan, nak bunvh kawan-kawan. Apa faedah ni? Tak ada faedah.

“Kami pun ada anggota yang keluar, dia masih guna nama belakang Wings. Ada kami bising? Kami ketawa sahajalah,” tutur Awie.

WIE mewakili suara kumpulan Wings ternyata kecewa dengan konflik yang melanda kumpulan Search sehingga band legenda itu kini terbahagi kepada dua pvak. Foto/AMIR KHALID

Prihatin dengan apa yang berlaku terhadap rakan seperjuangan dunia rock ‘n’ roll, Awie menegaskan, pertelingkahan sebegitu tidak wajar berlarutan sampai ke tahap sekarang.

“Yang dah keluar tu keluarlah, tinggallah yang sedia ada. Itulah Search bagi saya. Dah umum keluar tapi kamu nak bawa nama sekali, mana boleh. Dah keluar, buat nama baharu,” katanya.

Awie memaklumkan, soal hak cipta tidak sepatutnya timbul memandangkan kumpulan-kumpulan lama dan berstatus ‘otai’ tidak pernah mengalami isu sebegini. Bagaimanapun, dirinya menyarankan pemuzik-pemuzik generasi baharu terutamanya yang muncul secara berkumpulan untuk mendaftar nama kumpulan dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

“Hanya orang tamak sahaja kecoh pasal ini, orang lain kecoh pun. Kalau tengok Alleycats, Carefree, Revolvers, Sweet Charity, tiada pun orang sibuk pasal nama. Yang satu ini kita pelik.

“Kalau label (syarikat rakaman) yang daftar, nama itu menjadi hak milik label. Kalau dia nak rebut, dia kena berbincang dengan siapa yang cipta nama kumpulan dan daftar, supaya sesiapa tidak boleh ‘claim’ (tuntut).

“Nasihat saya, kalau rasa sesuatu kumpulan itu ada nama yang bagus, daftarkan dengan MyIPO. Buat keputusan terbaik sama ada untuk daftarkan secara berkumpulan atau seorang individu sahaja yang pegang hak,” katanya lagi.

Terdahulu, kumpulan Search kini terpecah dua iaitu kem yang dianggotai pemain gitar adik-beradik, Noordin dan Kid serta satu lagi kumpulan dianggotai bekas penyanyinya, Amy, Nasir Daud (bass), Man Kidal (gitar) dan Hillary Ang (gitar) yang turut menggunakan nama Search.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber : https://www.dnq.pw/

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment