“Janganlah Meng*njlng Saya” Pelakon Aisar Khaled Rasa Terhlna Selepas Terima Satu DM

Pelakon dan personaliti media sosial, Aisar Khaled mendedahkan perbualan dengan peniaga Instagram yang mempelawa bayaran hanya sebanyak RM10 kepadanya untuk tujuan review.

Menurut Aisar, pihak yang terlibat sepatutnya menggunakan cara yang betul jika mahu berurusan, bukannya memerli.

Katanya juga, dia sedar banyak melakukan kesaIahan sebelum ini, namun dirinya juga seorang manusia biasa.
“Kepada IG Shop, janganlah meng*njing saya kalau nak buat review ada caranya bukan nak perlii orang.

“Tahulah saya banyak buat kesaIahan sebelum ini, saya pun manusia biasa,” luahnya.
Dalam pada itu, Aisar meminta peniaga Instagram yang dimaksudkan untuk belajar menghormati orang lain.

“Belajar menghormati orang barulah orang boleh tolong, bukan dengan cara macam ini,” tambahnya di Instagram Story.

Baru-baru ini, nama Aisar tular apabila berkongsi video menunjukkan dirinya solat di tempat berbeza termasuk di hadapan stesen minyak, kawasan bengkel dan gimnasium.

Perkongsian di Instagram itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen, ada yang mentafsir video tersebut secara jelas bahawa solat boleh didirikan di mana-mana sahaja asalkan bersih.

Namun ada juga yang seakan tertanya-tanya kerana kebiasaannya surau disediakan dalam sesebuah stesen minyak di negara kita.

“Dah kenapa solat atas jalan depan Shell, punya la dalam Shell ada surau,” tulis seorang netizen.

“Dekat Shell takda surau ke?” tulis yang lain.

“Alhamdulillah, tapi nak kabo Shell kan ada surau,” tulis seorang lagi pengguna Instagram.

“Maksudnya solat boleh didirikan di mana sahaja, teruskan usaha baik itu Aisar,” tulis warganet lain.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber : gempak.com

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment