Janna Nick Did4kwa Sudah ‘Kahwin Lari’ Dengan Dini Schatzmann Di Thailand

Seorang individu menerusi laman Twitter mendakwa aktres Janna Nick telahpun mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya, aktor Dini Azan Schatzmann di selatan Thailand pada tahun lalu.

Netizen atas nama akaun @munafiqburner itu turut berkongsi sekeping keratan yang memperlihatkan nama penuh dan nombor kad pengenalan Janna serta Dini.

Keratan itu mend4kwa pasangan ini telahpun melangsungkan perkahwinan di daerah Satul iaitu di selatan Thailand pada 10 Jun 2019.

Berikut adalah paparan keratan yang menjadi tular dan mengundang tanda tanya ramai ini.

Keratan yang dimuat naik oleh pemilik akaun Twitter @munafiqburner yang sedang menjadi perbualan dan persoalan ramai.

Dalam pada itu, sebuah lagi kiriman daripada individu sama turut mend4kwa Janna dan kekasihnya yang berdarah kacvkan itu kahwin lari di tempat berkenaan.

Status Twitter susulan daripada individu sama yang mend4kwa Janna ‘kahwin lari’ dengan Dini Schatzmann di Thailand.

Dalam pada itu, Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner ketika dihubungi portal Astro Gempak untuk mengulas mengenai khabar angin yang tersebar, memberi reaksi balas dengan mengatakan dirinya enggan untuk memberi sebarang komen lanjut.

Terdahulu, pelakon cantik itu pernah mewar-warkan tentang hubungan cintanya dengan Dini pada November tahun lalu.

Dalam ulasan Janna sebelum ini, dia memberitahu status percintaan mereka yang berputik sejak Jun 2019.

Apapun sama-sama kita nantikan sekiranya beliau sudah bersedia untuk memberi kenyataan lanjut kelak.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber : Iluminasi    via MALAYSIA TIMES

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment