Pakai Topeng ‘Ala-Ala’ Squid Game Di ABPBH 34, Netizen Cakap Janna Nick Nampak Berisi

Selain Aina Abdul, nama Janna Nick turut menjadi bualan netizen gara-gara penampilannya pada malam Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 (ABPBH34) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam ini. Ujar netizen, Janna kelihatan agak sedikit berisi ketika hadir pada majlis berprestij tersebut.

Tak berat ke?

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Janna Nick (@jannanick)

Janna yang hadir bersama kekasih hatinya iaitu Dini Schatzmann dilihat mengenakan topeng muka seolah di dalam filem ‘Squid Game’. Meskipun menutup wajah dengan topeng, pasangan ini berjaya berjalan di karpet merah dengan baik sekali. Jelas Janna, walaupun dirinya berjaya memperagakan busana tersebut dengan baik, itu tidak bermakna busana tersebut tidak berat.

Meskipun kelihatan cantik dan berseri-seri, rata-rata netizen berpendapat Janna kelihatan sedikit berisi jika dibandingkan dengan penampilannya sebelum ini. Ujar netizen, penampilan Janna seolah ada yang ‘tidak kena’ namun, masih tampak elegan dan bergaya tatkala naik ke pentas bagi menerima trofi Pengacara TV Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular ABPBH 34.

Macam bengk4k

Di ruangan komen, rata-rata netizen mend4kwa cara solekan yang dilakukan terhadap Janna Nick tidak sesuai. Menurut netizen, wajah Janna seakan bengk4k dan nampak berisi. Ujar netizen, pelakon ‘Leftenan Zana’ itu sesuai dengan solekan yang sangat ‘simple’ dan natural sahaja.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber:OHBULAN

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment