Lagu Pelukan Angkasa Juara AJL36, Bawa Pulang RM100,000. Ini keputusan Penuh!

Nampaknya penonton Muzik Muzik 36 dapat menyaksikan 12 karya yang dinyanyikan oleh penyanyi-penyanyi hebat di pentas akhir Anugerah Juara Lagu yang ke-36 (AJL36) pada malam ini dengan penuh debaran untuk dinobatkan sebagai juara dan sebagainya.

Pada tahun lalu, Anugerah Juara Lagu ke-35 telah dijuarai oleh lagu berjudul Gil4 yang mana dinyanyikan oleh Noki, Loca B dan Kaka Azraff.


Walau bagaimanapun, ternyata persembahan yang menyanyikan 12 lagu seperti Sepi nyanyian Aina Abdul dan lagu duetnya bersama Khai Bahar berjudul Nafas Cinta, Purnama, Lara, Mimpi, Boneka, Salahku, Angkara, lagu Cinta nyanyian Marsha Milan, Pelukan Angkasa, Intan Payung dan lagu Aewo cukup menghiburkan penonton malam ini.

Namun begitu, gelaran juara bagi Anugerah Juara Lagu (AJL36) nampaknya merupakan milik penyanyi SOG X Shila Amzah dengan lagunya berjudul Pelukan Angkasa berjaya memenangi hati juri pada kali ini sekali gus membawa pulang RM100,000 beserta trofi.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh tv3malaysia (@tv3malaysia)

Manakala bagi tempat kedua pula lagu berjudul Cinta nyanyian oleh penyanyi hebat bernama Marsha Milan apabila persembahannya begitu mendapat perhatian.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh tv3malaysia (@tv3malaysia)

Tempat ketiga pula dimenangi oleh penyanyi Haqiem Rusli dengan membawakan lagu berjudul Mimpi.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh tv3malaysia (@tv3malaysia)

Persembahan Terbaik- Marsha Milan

Vokal Terbaik- Aina Abdul

Penyanyi Pilihan Popular- Aina Abdul dan Khai Bahar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber:HCL

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment