Kec0h antara iras Iman Troye atau Vida? Jururawat tak sangka tuah bibir tebal bawa rezeki tapi confirm tak minat jadi pelakon!

G4DIS ini mendapat perhatian ramai gara-gara wajahnya dikatakan menyerupai seorang penyanyi terkenal, Iman Troye.

Sebuah video yang dimuat naik di TikTok menunjukkan dirinya mengajuk penyanyi tersebut mengikuti satu trend di aplikasi itu yang tular pada ketika itu.

Sehingga kini video berkenaan telah meraih lebih dari sejuta jumlah tontonan juga turut dipenuhi dengan komen netizen yang membuat perbandingan wajahnya dengan penyanyi tersebut.

Namun begitu menurut Nurul Afiqah Fairul Azalan, 25, ada juga netizen menyamakan wajahnya dengan usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh mStar (@mstaronlineofficial)

Menurut g4dis yang mesra disapa Fiqa, dia secara peribadi berpendapat wajahnya sememangnya mempunyai iras kedua-dua wanita berkenaan setelah menyedari ramai memberikan komen sedemikian.

“Sebelum ada TikTok lagi, kawan-kawan yang mula tegur bila senyum dan sememangnya muka saya pun bulat macam Iman. Lagi nampak sama bila saya pakai tudung bawal. Biasanya, hari-hari biasa saya pakai shawl.

Fiqa bekerja sebagai jururawat di sebuah pusat perubatan Kuantan, Pahang.

“Lepas tu bila dah buat akaun TikTok, ada juga orang samakan muka dengan Datuk Vida selain Iman Troye. Mula dari saat itulah, semua start komen muka macam Iman Troye.

“Saya terima je lah bila orang cakap saya punya bibir besar. Jadi bila bibir besar orang samakan saya dengan Datuk Vida pula.

“Saya bukanlah peminat Iman tapi bila dah ramai tegur muka sama, saya pun mula la stalk artis tu. Bila tunjuk dekat mama, dia pun cakap sama macam Iman,” ujar Fiqa.

Wajah Fiqa dikatakan mirip Iman Troye dan Datuk Seri Vida.

Menurut Fiqa yang bekerja sebagai jururawat di Pusat Perubatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kuantan, Pahani, rakan-rakan sekerja juga mula menegur wajahnya mirip Iman Troye.

Oleh kerana komen yang terlalu banyak dilontarkan oleh netizen menyamakan wajah dengan dua figura itu, Fiqa kemudiannya memuat naik video lain sebagai perbandingan wajahnya dengan penyanyi Iman Troye tersebut.

“Disebabkan bibir saya yang agak besar dan menonjol, saya mula membuat tutorial memakai lipstik.

Secara jujurnya, saya tak tahu nak rasa apa bila ramai komen macam tu.

FIQA

“Saya saja je upload tapi ramai pula yang tanya brand dan kod lipstick yang saya pakai jadi saya mula share dengan orang ramai.

“Dari perkongsian tu saya mula dapat tawaran daripada beberapa brand untuk reviu lipstick brand mereka,” katanya kepada mStar.

Disebabkan content yang dimuat naik di akaun TikTok gadis yang berasal dari Kuantan ini, dia mula memerima pelbagai tawaran untuk membuat reviu produk daripada beberapa jenama dan dari situ dia mula menjana pendapatan.

Fiqa mula menerima tawaran untuk membuat reviu barangan berjenama daripada beberapa brand.

Namun, menurut anak kedua daripada empat beradik ini, memiliki wajah mirip artis dan usahawan terkenal ini, dia tidak bercadang atau bersedia untuk menerima jika ditawarkan berlakon kelak kerana niat content di TikTok miliknya hanya untuk suka-suka sahaja.

Menjengah ruang komen pada rakaman video TikTok yang mencecah lebih satu juta tontonan, rata-rata netizen memang menyamakan wajahnya dengan gabungan antara wajah penyanyi Iman Troye dan Datuk Seri Vida.

“Secara jujurnya, saya tak tahu nak rasa apa bila ramai komen macam tu, tapi saya terima sahaja dengan hati yang terbuka.

“Namun itu terpulang kepada pendapat masing-masing, setiap orang ada pandangan peribadi mereka sendiri,” jelasnya.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber: Mstar

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment