Kak KM K0ngsi Anak Dapat Tawaran Belajar UM, Sekali Ada Benda Yang Netizen Perasan

Usahawan sensasi Liana Rosli atau lebih mesra disapa Kak KM meluahkan rasa syukur apabila anak perempuannya menerima tawaran untuk menyambung pengajian peringkat Diploma di Universiti Malaya (UM).

Menerusi laman sosial Instagram, Kak KM berkongsi berita gembira serta surat tawaran anaknya itu untuk tatapan umum.

“Alhamdulillah syukur terima kasih Ya Allah. Tahniah anak mama @nabilamalu. Universiti Malaya anakku. Hanya Allah je tahu apa rasa perasaan ni bangganya, rasa berbaloi, hil4ng pen4t lel4h ni.

“Anak mama memang pandai sejak kecil lagi. 3 tahun lebih dah pandai membaca. Dapat best student kat sekolah. Ya Allah happynyaaa,” tulis Kak KM di ruangan kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by lianarosli (@lianarosli_official)

Melihat daripada perkongsian itu lagi, anaknya Nabila Razman memperoleh tawaran bagi melanjutkan pengajian dalam bidang pengurusan perniagaan bertempat di UMCCed, UM, Kuala Lumpur.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata wargamaya memberikan ucapan tahniah pada Kak KM sekeluarga dan mendoakan agar pengajian Nabila berjaya.

Bukan senang nak masuk UM. Tahniah Kak KM,” ujar seorang wargamaya.

Congrats Nabila. Hiraukan apa orang cakap. Suka tengok Kak KM satu family,” komen seorang wargamaya.

Tahniah Nabila. Belajar elok elok dear, zaman Covid ni lagi menc4bar,” pesan seorang wargamaya.

Komen Netizen:

Alhamdulillah tahniah Bella. Terus maju untuk buktikan depat orang yang mengata tu habuk pun takdak,” kata seorang wargamaya.

Dah la cantik, pandai pulak tu. Tahniah Bella,” puji seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian itu telah mendapat hampir 30,000 tanda suka daripada pengikutnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment