“Kasut Kena Cvri, Pelajar Berselipar Ke Sekolah” -Tindakan Cikgu Ni Buat Ramai Seb4k

PETALING JAYA – Kisah sed1h seorang pelajar yang hadir ke sekolah dengan hanya memakai selipar gara-gara kasutnya dicurl berakhir apabila seorang guru menghadiahkan sepasang kasut kepadanya.

Menerusi perkongsian seorang guru dikenali sebagai Cik Puan Gojes di laman Facebooknya memaklumkan, pelajar berkenaan tidak mampu membeli kasut baru kerana datang dari keluarga susah.

Menurut guru terbabit, ayah pelajarnya itu terkena ‘str0k’ baru-baru ini dan ibunya tidak dapat bekerja kerana perlu menjaga suaminya itu.

Tambah guru itu, kebetulan dia sudah beberapa hari membawa sepasang kasut anaknya yang belum dipakai ke sekolah berkenaan untuk dihadiahkan kepada mana-mana murid yang sesuai.

“Tiga hari cikgu bawa kasut ini, rupanya-rupanya ini rezeki Syakira, jaga elok-elok kasut ini. Kasut ini anak cikgu belum pernah pakai,”kata guru tersebut menerusi klip video yang dimuat naik di laman Facebooknya.

Menerusi klip video berdurasi 1 minit 40 saat itu juga, kelihatan pelajar itu gembira selepas dia dapat menyarung kasut baru hadiah daripada guru terbabit.

Video

@cikpuangojes #Cindrella ♬ original sound – Cik Puan Gojes

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna media sosial memuji sikap guru terbabit yang prihatin dengan nasib pelajarnya dan mereka berdoa agar kedua-duanya dimurahkan rezeki.

“Semoga adik berjaya dunia dan akhirat, kental betul hati adik, acik yang tengok video ni menangis. Alhamdulillah rezeki adik dan semoga cikgu dilimpahkan rezeki selalu,”tulis Rosnani Baharum.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Hasniza Hassan.

“Allahuakbar sebaknya, kita ingat kita susah rupa ada lagi yang susah dari kita. Semoga cikgu dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang sihat untuk berbakti untuk anak bangsa, amiin,”katanya.-K! ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber : kosmo

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment