“Aku tak bijak agama tapi…” Ini Kata2 Padu Sharnaaz Pada Ebit Lew, Nadir Dan Caprice

ISU membabitkan tiga tokoh berpengaruh iaitu Caprice, Ebit Lew dan aktivis Nadir Al-Nuri yang semakin panas menimbulkan rasa kurang senang segelintir pihak yang berpandangan pendedahan demi pendedahan secara terbuka hanya memburukkan nama Malaysia di mata dunia.

Pelakon Sharnaaz Ahmad antara yang lantang meluahkan rasa tidak setuju apabila konflik itu menimbulkan perbal4han dalam kalangan penyokong masing-masing di media sosial.

Ujar Sharnaaz, isu antara ketiga-tiga individu itu sepatutnya ditangani dengan cara yang lebih baik iaitu perbincangan secara tertutup dan profesional.

“Apa-apa pun bincang elok-elok, tak payah buat sesi pendedahan dekat media sosial macam ni.

“Kepada Nadir, Ebit Lew, Caprice… duduk berbincang, bermaafan dan kembali bersatu tetapkan pendirian membantu Islam, not destroy.

sharnaz kongsi

Perkongsian Sharnaaz di Instastory miliknya.

 

“Siapa salah siapa betul tak payah jadi tontonan sekalian alam, siapa salah letak dalam lok4p dan yang betul teruskan perjuangan,” ujarnya kepada mStar.

Dalam pada itu, Sharnaaz berkata, ketiga-tiga individu tersebut mempunyai pengaruh dan matlamat yang sama untuk membantu umat Islam.

Tambahnya, perbalahan tersebut perlu diselesaikan secara profesional agar tidak menjadi tontonan umum yang boleh mencetuskan pelbagai tanggapan tidak baik.

Sebab mereka ini la Islam disayangi, jangan sebab mereka juga Islam dib3nci oleh mata luar.

SHARNAAZ AHMAD

PELAKON

“Aku tak bijak bab agama, tapi Islam unite bukan dalca.

“Sebab mereka ini la Islam disayangi, jangan sebab mereka juga Islam dib3nci oleh mata luar.

“Kalau tanya aku, aku tak mahu tahu siapa pun salah… yang aku nak tahu tiga-tiga bawa bendera Malaysia dan harumkan nama Islam.

“Cukup setakat itu permintaan aku. Aku sayang Caprice, aku sayang Ebit Lew tapi dua-dua tak bagi aku fridge magnet,” katanya berseloroh.

WhatsApp Image 2021-07-21 at 2.31.51 PM

Caprice akan meneruskan sesi Instagram live pada malam Rabu.

Jumaat lalu, Caprice mencetuskan kontroversi apabila menegur tindakan Ebit Lew selepas menerima aduan daripada rakyat G4.za tentang cara pendakwah selebriti berkenaan menghulurkan bantuan.

Bagaimanapun, pemilik nama sebenarnya Ariz Ramli, 33, itu memohon maaf pada Isnin dan mengakui kesilapannya kerana terlalu beremosi dalam meneruskan misi kemanusiaan ke G4.za, Pal3stin.

Namun isu berkenaan kembali hangat apabila Nadir atau Muhammad Nadir Al-Nuri Kamamrulzaman yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Cinta G4.za Malaysia tampil berkongsi cerita tentang misi kemanusiaan ke G4.za oleh personaliti dakwah, Ebit Lew.

Penjelasan itu dipercayai membuka mata banyak pihak tentang apa yang cuba disampaikan Caprice sejak minggu lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment