[VIDEO] Terkunci Dalam Fitting Room, Pemuda Ini Sampai Terpaksa Keluar Ikut Dari Bawah

Membeli-belah adalah satu perkara yang menggembirakan kerana kita dapat membeli sesuatu barang yang diinginkan

Tambahan lagi semenjak kebenaran merentas negeri, ada yang sanggup menghilangkan stres mereka membeli-belah di negeri lain sambil bercuti.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang pemuda terkunci di dalam bilik fitting room telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@josh.waynee Pintu rosak pulak dah. Nasib lah badan smooth jak slide through 😮‍💨 What would you do if it happens to you? #fyp #cottonon #malaysia ♬ original sound – Sir.Wayne >

Terpaksa keluar dari bawah sebab pintu tak boleh buka

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang pemuda berkongsi situasi ketika dia terkunci di dalam bilik persalinan di salah sebuah kedai.

Dia kemudian meminta pertolongan pekerja di situ untuk cuba membukanya dari luar tetapi tidak berjaya dan dia masih terkurung di dalam.

Namun, tidak lama selepas itu dia mengambil keputusan untuk keluar dari bawah pintu. Dia bernasib baik dan berjaya keluar kerana badannya yang kurus.

“Nasib baik kurus, kalau aku tersekat di perut” – Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan reaksi mereka masing-masing mengenai kejadian tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 127.8K views, 20K likes dan 306 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

MaIang tak berbau, nasib baik lepas keluar bang.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber:SAYS

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment