Netizen Teruja ‘First Time’ Tengok Keluarga Yassin Senario

Sejak menyertai rancangan Gegar Vaganza musim kelapan (GV8), Yassin Senario atau nama sebenarnya Yassin Yahya, 43, kembali menjadi bualan ramai.

Hampir tiga dekad dalam dunia seni, Yassin sememangnya pelawak yang masih relevan dalam dunia hiburan hingga ke hari ini bersama anggota Senario yang lain.

Namun satu perkara yang ramai tidak tahu mengenai dirinya, Yassin sememangnya jarang sekali mendedahkan tentang keluarganya di media sosial hingga ramai yang menyangka dia belum berkahwin dan ‘bujang terlajak’.

Namun baru-baru ini rakaman video di TikTok yang dikongsi di akaun Puteri Warda menjadi tular menunjukkan wanita itu bersama Yassin di dalam sebuah kereta.

Dalam video berdurasi 15 saat yang lain pula, Yassin yang berbaju kuning dilihat melayan anak dan isterinya menari.

Meninjau di ruangan komen, netizen dilihat begitu teruja dan terkejut kerana pertama kali melihat isteri dan anak Yassin. Ramai yang memuji kecomelan anak dan kecantikan isteri Yassin.

Selain terhibur melihat aksi Yassin “men4mpar nyamuk” di belakang anak dan isterinya, ada juga yang mengatakan wajah isteri Yassin persis pelakon Janna Nick.

Apa pun, semoga Yassin sekeluarga terus kekal bahagia hingga ke jannah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber: Tiktok

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment