Kereta Myvi Shuk Sahar ‘Terjun’ Parit, Tapi Lain Pulak Yang Netizen Nampak.

NAMA Shuk Sahar menjadi perbualan hangat di platform TikTok selepas satu video memperlihatkan sebuah kereta terbabas ke dalam parit yang did4kwa milik pelawak itu.

Difahamkan kereta jenis Myvi berwarna hitam berkenaan terbabas di Tanah Liat, Bukit Mertajam pada petang Isnin.

Menguatkan lagi spekulasi kenderaan itu milik Shuk apabila sebuah portal tempatan iaitu Utusan TV menerusi TikTok rasmi turut berkongsi video tersebut.

“Kereta Shuk Sahar terjun parit di Tanah Liat, Bukit Mertajam,” tulis tajuk di video tersebut.

Menerusi rakaman tersebut, pelawak berusia 36 tahun itu turut dilihat berada di lokasi kejadian sambil memerhati keretanya diangkat naik ke atas jalan.

Biarpun sedang diuji, pemilik nama Mohammad Shukri Mohamed Sahar dilihat tenang dan masih mampu ketawa.

Bagaimanapun, usaha mStar untuk mendapatkan pengesahan dan komen daripada Shuk gag4l apabila dia tidak menjawab panggilan telefon atau membalas mesej.

Dalam pada itu, perkongsian tersebut menarik netizen yang turut meninggalkan pelbagai komen dan respons.

Netizen  persoal sejak bila pakai Myvi

Malah, terdapat segelintir netizen yang mempersoalkan sejak bila pelawak ini menggunakan kereta Myvi sedangkan sebelum ini model berbeza.

“Lain kan kalau orang biasa punya kereta jadi begitu, hati remuk. Tapi artis boleh gelak, relax beli lagi apa ada hal.

“Kereta ini juga dia pakai pergi lepak Padang Kota hari itu kat Penang, memang kereta dia kan,” komen beberapa netizen.

Selain itu, warganet turut menyeru pengguna lain untuk ‘tag’ akaun TikTok isteri kepada Shuk iaitu Rossa Sera supaya tahu tentang kemaIangan tersebut.

Untuk rekod, status rumah tangga Shuk dan Sera masih menjadi tanda tanya selepas isterinya mahu memfailkan perceralan terhadap pelawak itu pada November tahun lalu.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2015 dan mempunyai dua orang anak iaitu Nur Qurratu Ain, 5 serta Nur Assyifatu Aimi, 2.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber : Mstar

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment