Ini Perkembangan Terkini Kes Sam4n Ali Terhadap Hidayah “Syukur Selepas Dua Tahun Kes Ini Berlangsung”

Kuala Lumpur: Keputusan kes sam4n Ali Puteh terhadap kakak iparnya, Nor Hidayah akan diketahui di Mahk4mah Sesyen Kuala Lumpur, Jumaat ini.

Ali, 33, atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan ketika dihubungi berkata, dia menyerahkan perkara ini kepada kebijaksanaan hakim untuk membuat keputusan.

“Syukur selepas dua tahun kes ini berlangsung, akhirnya keputusan bakal tiba juga. Saya serahkan semuanya kepada kebijaksanaan hakim selepas semua prosedur berlangsung.

“Selain itu, saya juga serahkan semua ini kepada Allah untuk menentukan jalan terbaik,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, tindakan yang diambilnya ini dibuat semata-mata untuk Allahyarham abangnya, Abam Bocey dan ibu mereka, Sabariah Arshad.

“Selepas apa yang terjadi semasa prosiding mahk4mah, saya berharap ada sinar pada saya sekeluarga yang dian1aya.

“Allah uji saya sekeluarga apabila benda yang kita tak buat, orang kata kita buat. Mula-mula agak panas dan ger4m apabila benda ini tular. Kecaman yang diterima itu amat luar biasa. Namun selepas itu, satu demi satu jalan yang kami nampak apabila Allah tunjukkan jalan,” katanya.

Ali berkata, selepas selesai semua prosiding dalam mahk4mah, baharulah dia nampak apa sebenarnya yang terjadi.

“Saya kini dah tak takut dengan kec4man netizen sebab sudah berkali-kali jumpa mereka yang m4ki h4mun di bal4i polis. Ada juga yang jumpa di luar dan ada yang datang rumah. Ada juga yang hanya kirim video mohon maaf. Semuanya mohon maaf sebab tak tahu-menahu apa yang terjadi. Sikit pun saya tak simpan dalam hati sebab saya tahu mereka ini tak tahu menahu dan hanya komen sesuka hati,” katanya. Terdahulu, Ali mula berdepan kecaman sejak kemelut membabitkan dia dan kakak iparnya, Nor Hidayah sehingga memaksanya membawa kes ini ke Mahk4mah Sesyen Kuala Lumpur.

Kontr0versi mula tercetus apabila Nor Hidayah memfailkan sam4n terhadapnya sekeluarga dengan jumlah terkumpul mencecah RM900,000.

Sam4n yang dibuat Hidayah itu antaranya menudvh Ali mengambil harta Abam Bocey dan harta anak yatim.

Antara tuduhan lain yang difailkan terhadapnya dan keluarga adalah tuntutan faraid, tuntutan hak penjagaan anak, tuntutan kereta dan sebagainya.

Pada 27 Ogos 2020, Ali memfailkan sam4n terhadap Nor Hidayah dan jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.

Sementara itu, peguam Azmir Zakaria yang mewakili Ali mengesahkan keputusan kes ditetapkan Jumaat ini di depan Hakim Mahk4mah Sesyen Kuala Lumpur, Zulqarnain Hassan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber : Trendingsangat

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment