Lagu Raya Bergema Di Pentas Big Stage, “Hos Pulak Main Peranan”

Umum sedia tahu pentas Big Stage Ahad lalu cukup meriah dengan tema persembahan dan juga kehadiran pengacara iaitu Elly Mazlein dan Sherry Alhadad. Mengangkat tema ‘This Is Siti Nurhaliza’, rata-rata persembahan pada malam itu cukup mengagumkan.

Apatah lagi apabila penyanyi nombor satu tanah air, Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang juga bertugas sebagai juri cukup sempoi memeriahkan suasana. Malah satu rakaman suasana penuh meriah dengan gelagat Siti Nurhaliza dan pengacara, Kak Lina Pom Pom dan Sherry Alhadad telah mencvri perhatian ramai.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Astro Gempak (@astrogempak)

Manakan tidak, Dato’ Sri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan gelaran Tok Ti belanja suara menyanyikan lagu raya bergema di pentas Big Stage. Turut mencvri perhatian ramai adalah gelagat dua pengacara wanita tersebut.

Korang saksikan sendiri gelagat mereka ini menyanyikan lagu raya bergema di pentas Big Stage yang telah dimuat naik semula oleh satu akaun TikTok seperti berikut:

Wow, Tok Ti menyanyi menggunakan mikrofon dari meja juri sahaja pun sudah kedengaran merdu sungguh! Apa-apa pun perkongsian rakaman ini telah membuatkan warganet meninggalkan komen seperti berikut:

“Dengar Tok Ti nyanyi lagu raya rasa sebak. Tapi hilang sebak tengok Sherry dengan Kak Lina”

“Hahaha tetiba syahadah! Kekalkan dua2 ni boleh tak”

“Syahadah..sementara dato Siti punya muka nak sebut benda lain terbantut”

“Terkejut Tok Ti hahaha..Baru nak sambung pohonlah ampun maaf. Tuptup syahadah”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber:HCL

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment