“Alamdulillah,Tahniah Datuk..”- Latif Romly Dianugerah Gelaran Datuk

Atlet para negara, Abdul Latif Romly menerima pengiktirafan yang membawa gelaran Datuk dalam satu Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan, hari ini.

Pengiktirafan itu pastinya amat bermakna buat Abdul Latif yang sebelum ini berjaya mempertahankan pingat emas Sukan Paralimpik dalam acara lompat jauh (T20).

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh LATIFROMLY (@latifromly)

Atlet berusia 24 tahun dari Perlis tu menerima pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk dan berita gembira itu dikongsikan bersama Majlis Sukan Negara (MSN).

MSN dalam akaun Facebook rasmi berkata: “Tahniah!!! Datuk. Atlet para olahraga, Abdul Latif Romly terima pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk.”

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh LATIFROMLY (@latifromly)

Latif menghadiahkan pingat emas ketiga Malaysia dalam acara lompat jauh lelaki T20 di Stadium Olimpik Tokyo, tahun lalu sekali gus mengulangi pencapaian yang diraih di temasya sama di Rio 2016.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber: BH

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

 

Leave a Comment