Sesi Latihan Tok Ti Di Big Stage Bikin Terpaku, “Rehearsal Pun Rasa Macam Tengok Live”

Cukup menjadi bualan hangat netizen, acara mingguan rancangan Big Stage Ahad lalu ini cukup sesuatu. Apatah lagi apabila tema minggu tersebut adalah ‘This Is Siti Nurhaliza”. Memang cukup meriah dengan para peserta membawakan lagu milik Dato’ Sri Siti Nurhaliza dengan gaya masing-masing.

Malah apa yang lebih mencuri perhatian penonton adalah apabila mereka dapat menyaksikan persembahan dari penyanyi kesayangan ramai ini ketika di Big Stage. Baru-baru ini juga Tok Ti berkongsikan satu rakaman yang memaparkan sesi latihan Tok Ti dalam rancangan ini menerusi akaun TikTok miliknya.

Dalam perkongsian tersebut kelihatan Tok Ti berada di atas pentas bersama beberapa penari. Gerak tarian dan suaranya ketika sesi latihan ini telah membuatkan ramai terpaku. Berikut adalah perkongsian rakaman sesi latihan Tok Ti ini:

Kalau sudah berbakat, siapa sahaja yang dapat menyangkalnya bukan? Apa-apa pun perkongsian rakaman ini telah meraih lebih 291 ribu tontonan dan 25 ribu likes.

Rata-rata warganet meninggalkan kata pujian mereka itu di ruangan komen seperti berikut:

“Rehearsal pun all out. Tok Ti tiada gantinya”

“Terbaik macam konsert puas tengok ulang2 pun tak jemu. Love sangat”

“Belom pernah lagi aku tengok video TikTok ni lebih dari 3 minit. Siyes 10 minit pun nak dengar lagi.”

“Rehearsal pun rasa macam tengok live…”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber : himpunanceritalawak   via APPLE HIJAU

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment