Lelaki Ni Ada 8 Isteri, Semua Tinggal Serumah. Ini Cara Dia Urus Semua Tak Bagi G4duh

Seorang artis seni tatu di Thailand menarik perhatian pengguna laman sosial selepas mendedahkan bahawa dia tinggal bersama lapan isteri mudanya yang sangat mesra antara satu sama lain di dalam sebuah rumah, lapor portal berita Oddity Central semalam.

Status perkahwinan lelaki bernama Ong Dam Sorot itu didedahkan ketika dia menghadiri satu temu bual yang diacarakan oleh seorang pelawak Thailand.

Sorot dikatakan berkahwin dan tinggal bersama kelapan-lapan isterinya dibawah satu bumbung yang menganggap diri mereka sebagai sebuah keluarga besar yang bahagia.

Menerusi rancangan yang sehingga kini mencecah tiga juta tontonan di Youtube itu, Sorot memperkenalkan setiap seorang isterinya dan bercakap mengenai cara mereka bertemu.

Kesemua isterinya menyifatkan suami mereka sebagai lelaki paling baik dan paling bertimbang rasa di dunia. Isteri-isterinya juga mengaku bergaul dengan baik sesama mereka.

Lelaki itu bertemu isteri pertamanya, Nong Sprite di majlis perkahwinan rakannya lalu dengan cepat meminta untuk dikahwinkan. Isteri kedua, Nong L bertemu dengannya di pasar, manakala isteri ketiga Nong Nan pula di hospital.

Sorot bertemu dengan isteri keempat, kelima dan keenamnya menerusi media sosial iaitu masing-masing di Instagram, Facebook dan TikTok. Isteri ketujuh, Nong Film pula ditemui semasa melawat kuil Phra Pathom Chedi bersama ibunya dan isteri kelapan, Nong Mai bertemu dengannya ketika dia bercuti di Pattaya bersama empat isterinya.

Dua daripada isterinya kini h4mil dan dia sudah memiliki seorang anak lelaki daripada isteri pertamanya. Lapan isterinya tidur di dalam empat bilik tidur dengan dua orang dibahagikan dalam setiap satu bilik.

Kesemua isterinya dikatakan tidak mempunyai masaIah untuk menunggu suami mereka bergilir tidur di dalam empat bilik tidur tersebut.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber : K! Online

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment