“Janji dia selesa pergi kerja” Lelaki tk kisah naik motor, beri isteri guna kereta

Selepas mendirikan rumah tangga, sudah menjadi tanggungjawab suami bagi menyediakan keperluan tertentu untuk isteri. Kadang kala, mereka sanggup melalui ‘kesusahan’ asalkan pasangan bahagia.

Situasi seperti itu dilakukan seorang guru, Aizat Alias yang meluahkan rasa syukur apabila tidak kisah ‘mengorbankan’ kereta kesayangan untuk kegunaan isterinya yang dikenali sebagai Asmah.

video

Menurut lelaki berusia 29 tahun itu, dia sanggup menunggang motosikal meredah cuaca hujan dan panas asalkan isterinya yang juga seorang jururawat pergi serta pulang dari tempat kerja dengan selamat dan selesa.

Isteriku sayang

“Demi keselesaan isteri ke tempat kerja, suami pergi kerja naik motosikal pun takpe,” tulis guru yang mengajar di Kolej Vokasional Kota Tinggi, Johor itu menerusi satu perkongsian video di aplikasi TikTok.

Berdasarkan video berdurasi 16 saat tersebut, Aizat merakam ketibaan isterinya yang memandu kereta jenis Honda berwarna ‘dark grey’ itu sehingga mengundang perhatian dalam kalangan netlzen.

Menerusi ruangan komen, ramai memuji pengorbanan lelaki berkenaan selain mendoakan agar dia dimurahkan rezeki sekali gus berpeluang bagi membeli sebuah lagi kereta.

Meskipun terdapat segelintir individu ‘bitter’ melihat video tersebut, namun bapa kepada seorang cahaya mata itu tetap mengambil dari sudut positif seolah-olah menyifatkan perkongsian itu sekadar luahan syukur sebagai suami.

Isteri ‘happy’, insya-Allah banyak rezeki

“Masa di Singapura, isteri banyak berkorban dah”

Pinjaman atas nama bini ke

Beli la kereta lagi satu…

“Mulut orang.. padahal kita sama2 penjawat awam”

Abaikan kcaman

Rezeki bini dia, korang tk payah la gelabah

Alahai, kongsi benda baik pun ada yang tak puas hati. Susah juga kalau semua benda nak kecam! Tak salah doa baik-baik je, semoga kembali kepada kita.

Sumber : omm

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber :  https://transformasi.pw/

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment