‘Saya Tiada Keinginan Langsung Bertemu Dengan Ayah’ – Luahan Balqis, Rupanya Dh 5 Tahun Ditlnggalkn Ayahnya

” Apabila ibu dikec4m dan ditudvh pen4gih, sudah tentu saya perlu pertahankannya..”

Itu luahan pelakon remaja, Puteri Balqis Azizi yang berkata beliau tidak mungkin Aqish pejam mata atau memekakkan telinga apabila marvah ibunya dipijak-pijak sesuka hati.

Balqis, 15, begitu matang dalam berkata-kata, namun di sebalik senyuman sentiasa terukir di wajah dan tutur bicara penuh santun, siapa sangka tubuh kecil milik pelakon remaja ini sarat memikul bebanan yang mungkin tidak mampu dipikul golongan dewasa.

Menurut Balqis, demi harga diri, beliau yang pernah diangkat Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Televisyen Asia Ke-19 di Singapura pada 2014 itu bangkit mempertahankan harga diri ibunya.

” Saya anaknya, tak mungkin saya hanya mampu memandangnya.

” Walaupun ada yang mengatakan tindakan saya menjengk3lkan, namun, kalau bukan saya siapa lagi yang harus membela nasib ibu? Dia segala-gala buat saya.

” Selama ini, kami tidak pernah mengganggu hidup orang lain. Jadi, kenapa nak lemparkan tudvhan tidak berasas?

” Apabila bersikap lantang menyebabkan saya dilabelkan suka memberontak. Jujurnya, saya tidak begitu gemar dengan gelaran ini, tetapi apabila difikirkan semula, biarlah…,” katanya kepada BH0nline.

Tambahnya, ada juga yang salah sangka dengan keadaannya apabila menudvhnya mempunyai masalah bip0Iar dan keceIaruan personaliti.

” Mereka saIah tafsir dengan keadaan saya. Bila masa saya ada penyakit bipoIar atau keceIaruan personaliti. Saya jadi begitu kerana rentak sekeliling.

” Saya perlu menjadi seorang yang matang kerana tidak mahu diri dipijak-pijak. Tetapi, dalam kehidupan seharian, saya menjadi masih individu yang sesuai dengan usia saya,” jelasnya.

Tiada lagi rasa rindu terhadap ayah

Dibesarkan tanpa kasih sayang ayah turut menjadikan semangat pelakon drama Akulah Balqis dan Andainya Takdir itu kental dalam menghadapi ujian mendatang.

Malah, Aqish akui, tiada sekelumit rasa rindu terhadap lelaki yang sudah lima tahun meninggalkannya dan tidak lagi ditemuinya itu.

” Sejak ayah menghilangkan diri, saya tiada keinginan langsung bertemu dengannya, jauh sekali mahu mengungkap perasaan rindu.

” Jujurnya, saya ingin menjauhkan diri daripada ayah. Antara kami memang tiada keserasian.

” Saya juga tidak memerlukan ayah. Ini kerana ibu adalah ayah saya,” luah pelakon yang pernah muncul dalam video muzik Anuar Zain menerusi lagu Andainya Takdir ini.

Pada pertemuan itu, Aqish turut menjawab dkwaan ntizen menudvh akidah terpesong hanya kerana penampilannya yang agak daring, suka memakai skirt pendek dan berstoking panjang berwarna hitam yang dihiasi corak tengkorak seperti perkongsiannya dalam laman Instagram (IG).

” Apa yang dipakai sekadar fesyen. Saya cuma mahu kelihatan estetik. Dan itulah juga cara saya menghadapi situasi yang berlaku di sekeliling.

” Lagipun, ia hanyalah untuk paparan dalam media sosial. Tetapi, jika di rumah, penampilan saya biasa sahaja, sama seperti remaja lain,” ujarnya.

Berhubung persengk3taan antaranya dan pelakon remaja, Mia Sara Nasuha seperti hangat diperkatakan di alam maya, Aqish berharap, perkara itu tidak diperbesarkan kerana sudah memohon maaf.

” Usahlah memperbesarkan isu ini, lagi pun, saya sudah memohon maaf. Jujurnya, saya rasa amat lega.

” Saya pun tidak menyimpan dendam dalam hati. Namun, hingga hari ini, saya belum mendapat sebarang maklum balas daripada Mia.

” Tak mengapa, saya sudah pun melupakan apa yang berlaku,” ujar Aqish.

Mengulas tawaran produser, Datuk Ayu Puteh yang mahu menggandingkannya dan Mia dalam sebuah supertele, Aqish mengakui, dia terkejut mendapat tahu berita itu.

” Saya tidak tahu menahu mengenai tawaran ini, malah tiada sesiapa menghubungi saya.

” Saya tiada masaIah digandingkan dengan Mia kerana saya bersikap profesional. Bagaimanapun, ia bergantung kepada jadual. Jika ada kelapangan, saya okay sahaja,” ungkapnya.

Beralih perkembangan kerjaya seninya, pelakon filem Upin & Ipin: Jeng Jeng Jeng ini mengakui berdebar menantikan kemunculan filem bergenre seram, Rumah yang menyaksikannya bergandingan dengan Erra Fazira dan artis veteran, Mak Jah.

” Saya membintangi filem Rumah ketika berusia 12 tahun. Jadi, masih ada banyak keIemahan yang dapat saya lihat dari segi lakonan.

” Perkara pertama ingin diperbaiki adalah babak menjerit jika diberi peluang.

” Saya nampak ada kelemahan dalam babak ini di layar kaca. Saya lihat babak menjerit dilakukan agak melucukan,” cerita Aqish.

Dua tahun lalu, penderitaan Aqish dan ibunya, Norashikin Abdul Aziz yang hidup meIarat pernah mendapat perhatian program Bersamamu terbitan TV3.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber:bharian  via muzik jalanan

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment