“Kau ni..Pek4k Ke Apa”- Kongsi Video M4rah Pekerja McD Ketika Drive-Thru, lelaki Ini Tervk Dikec4m

Berdepan dengan pelbagai jenis pelanggan dengan ragam yang berbeza-beza menjadi cabaran utama buat mereka yang bekerja di restoran.

Terbaharu, tular satu video memaparkan seorang pelanggan lelaki menengklng pekerja restoran makanan segera ketika dia membuat pembelian menerusi perkhidmatan pandu lalu atau drive-thru.

Dalam kejadian tersebut, pelanggan berkenaan dilihat dilayan oleh seorang petugas lelaki di kaunter drive-thru restoran McDonald’s yang tidak dapat dipastikan lokasinya.

Pada mulanya urusan membuat pesanan dibuat seperti biasa, namun tidak lama selepas itu dia nampak ber4ng selepas diajukan soalan oleh pekerja berkenaan sekali lagi bagi mendapatkan kepastian mengenai pesanan yang dibuat olehnya.

“Saya dah cakap tiga (ketul ayam) tadi kan. Set saya cakap. Pek4k ke apa kau ni?” ujar pelanggan tersebut yang meninggikan suaranya.

Dia kemudiannya memandu ke kaunter drive-thru seterusnya untuk membuat pembayaran dan mengambil makanan yang dipesan.

“Lain kali cakap dengan customer tu elok-elok sikit,” ujarnya lagi.

“Terhegeh-hegeh, sorry-sorry. Tak payah sorry lah, dah buat saIah tu, saIah la.

“Haa, aku dah panas ni. Cakap bukan main kekwat,” ujar pelanggan lelaki itu lagi.

Video itu dipercayai dirakam sendiri oleh pelanggan berkenaan dari dalam keretanya sebelum ia dikongsi ke aplikasi TikTok.

Rakaman tersebut bagaimanapun ‘les4p’ selepas empunya badan dikec4m netizen sehingga dia turut meletakkan akaun TikTok miliknya dalam mod privasi.

MaIang menimpa pelanggan lelaki tersebut apabila ada netizen yang sudah memuat turun video tersebut sebelum ia disebarkan semula ke platform Twitter.

Rata-rata netizen mengec4m pelanggan itu yang disifatkan bladab dan tidak bertimbang rasa terhadap pekerja restoran.

“Kita hidup dalam zaman yang mana orang merakam kebod0han sendiri,” tulis @hanifjamals di Twitter, merujuk kepada perbuatan pelanggan itu yang merakam aksinya memarahi pekerja berkenaan.

“Buat content bod0h untuk post dekat sosial media. Seriously, staff kerja F&B ni antara yang paling mencabar sebab apa? Sebab ada customer kerek macam ni lah.

“Kalau tak reti sabar jangan order drive thru, ingat benda tu boleh dengar clear ke? Memanglah ulang dua atau tiga kali supaya tiada kesaIahan order mangkuk jamban betul.

“Yang dia tiba-tiba trigger nak mar4h kenapa? Customer service memang kena tanya banyak kali untuk make sure order betul. Apa masaIah dia? Lainlah kalau cashier tu tinggi suara kat customer,” tulis beberapa netizen lagi.

Untuk rekod, video kejadian itu yang disebarkan ke Twitter oleh seorang individu pada awal pagi Ahad telah meraih lebih setengah juta tontonan.

Di sebalik kec4man yang berterusan, ada netizen turut menitipkan pesan agar kita semua sentiasa menghormati pekerja restoran atau sesiapa sahaja dalam dunia ini.

Betul tu, yang penting kita kena sentiasa hormat orang. Bak kata orang putih “respect is earned, not given”.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber:Mstar  via info kini

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment