“Saya Tak Sabar Nak Tengok Drama Seterusnya, Saya Dah Masak Dengan Perangai DSV”

lqbal berkata dia lebih mengetahui cara kerja Vida.
ALL the best! Itu ucapan ringkas usahawan k0ntr0versi Ahmad lqbal Zulkefli kepada pembantu peribadi (PA) baharu Datuk Seri Vida yang dikenali sebagai Qush.

Mengakui tidak ambil tahu mengenai perkara berkenaan, lqbal berharap Qush atau nama sebenar Syed Qusyairi Syed Mahmud Iskandar dapat bekerja dengan baik bersama bekas majikannya itu.

“Sejujurnya saya tak ambil tahu tentang dia (Vida). Saya ada ternampak berita tentang PA baharu dia tu, tapi saya tak baca selanjutnya.

“Saya mampu cakap all the best saja la… saya tk ada hak nak komen lebih-lebih, cuma pesanan saya kerja baik-baik.

“Dia kena lalui pengalaman itu sendiri, belajarlah sendiri tengok cara kerja DSV, saya tak boleh nak cakap apa-apa cuma bersedialah dengan sebarang kemungkinan.

lqbal tak ambit tahu mengenai PA baharu Vida.

“Untuk makiuman pemilihan saya dulu tak sama macam sekarang, saya diuji buat banyak kerja, selepas setahun baru dilantik jadi PA dengan gaji RM1,200. Yang sekarang ni DSV terus popularkan. Sangat berbeza!” katanya kepada mStar.

Pada macam Khamis, Vida menerusi Instagram mengumumkan Qush yang juga merupakan personaliti media sosial berjaya mengisi kekosongan jawatan PA dengan bayaran gaji RM10,000.

Kisah pencarian PA oleh jutawan kosmetik ini menarik perhatian netizen sejak Disember tahun lalu, di mana antara kriteria calon mestilah lelaki muda dan memiliki wajah kacak.

Qush tak mahu campur urusan peribadi Vida.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Hujan ini berkata dia tidak ambil pusing dengan pelantikan tersebut yang disifatkan hanya sebagai gimik atau marketing.

“Sikit pun saya tk terasa hati… cuma tk sabar nak tengok drama seterusnya, saya dah masak dengan perangai DSV.

“Kalau tanya saya secara peribadi besar kemungkinan PA baharu ni ada taste yang DSV suka, kulit putih, soft spoken dan senang mengikut permintaannya,” ujarnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber : MStar    via isu viral

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment