Setelah Kec0h Mengatakan Sudah Mengedar Kad Kahwin Untuk Majlis Pernikahan

Penyanyi Wany Hasrita, menol4k khabar angin yang mend4kwa dia sudah mengedarkan kad kahwin bagi melangsungkan majlis pernikahan dengan jejaka pilihan hatinya dalam tempoh terdekat.

Penyanyi lagu Pedas berusia 30 tahun itu bagaimanapun menjelaskan, dia akan berkongsi sekiranya tarikh rasmi hari bahagia jika sudah diputvskan kedua-dua belah pihak.

“Bukanlah dalam sebulan dua ini, selepas Aidilfitri pun tidak. Tiada istilah kad kahwin sudah diedarkan pun. Kalau nak cakap majlis perkahwinan saya sudah menghampiri pun bukan juga.

“Kalau saya kahwin saya akan beritahu kepada semua. Lagipun media juga antara yang menaikkan nama saya di dalam industri seni. Jadi, sudah tentu kita mahu berkongsi apa yang kita suka.

“Saya pun tak tahu kenapa orang asyik kata saya nak berkahwin, mungkin kapsyen saya di hantaran Instagram, berbaur ‘loving’. Ia disebabkan saya mencintai diri saya,” katanya.

Wany pada masa sama menambah, dia sudah semestinya dia ada memikirkan soal perkahwinan, namun masih tunggu waktu sesuai.

“Semua orang yang belum berkahwin mahu ke arah itu. Tapi nak kata tahun ini, tak tahulah, kita tengok jodoh saya sampai bila. Doakan yang terbaik buat saya sebab setiap orang mahu kahwin dan begitu juga dengan saya,” katanya lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber:satkoba press

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment