Lelaki Ini Dihujani D0a & Pujian, Sifat Berani Menggali Mencari Rayan. Rupanya Ini Cara Yang digunakan

Ali Eljajaoui, yang dikenali sebagai “Sahrawi”, adalah salah seorang wira dalam misi

menyelamatkan Rayan, dia mengetuai fasa terakhir dan paling rumit penggalian untuk menyelamatkan Rayan. Ali telah terlibat dalam menggali telaga menggunakan kaedah manual tradisional sejak 20 tahun lalu.

Platform media sosial telah menyaksikan banjiran doa dan harapan serta pujian untuk usaha berani lelaki itu. Lelaki itu, yang berusia 50-an, mengetuai misi ini dan penggalian manual baru-baru ini telah selesai dan pasukan penyelamat kelihatan sangat letih selepas operasi selama beberapa hari untuk membebaskan kanak-kanak itu.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Hot FM 🇲🇾 (@hotfm976)

Anggota-anggota penyelamat kesuntukan masa malam tadi untuk membebaskan seorang kanak-kanak yang terperangkap di dalam perigi sedalam 30 meter selama empat hari di utara Maghribi.

Pasukan penyelamat berkata, mereka masih menaruh harapan tinggi untuk mengeluarkan mngsa hidup-hidup, namun tidak pasti keadaan terkini budak lelaki tersebut.

Anggota-anggota penyelamat bekerja siang malam untuk menggali terowong menuju kepada mangsa yang dikenali sebagai Rayan dan berkata, mereka kini hanya beberapa meter sahaja daripadanya.

Bagaimanapun, anggota-anggota penyelamat terbabit bekerja secara amat berhati-hati kerana bimbang sebuah terowong melintang yang digali untuk sampai kepada mangsa, berisiko runtuh pada bila-bila masa sahaja.

“Sukar untuk mengetahui status sebenarnya tetapi kami menaruh harapan yang amat, amat besar,” kata Abdulhadi Temrani yang merupakan salah seorang anggota penyelamat terbabit.

Pasukan penyelamat membekalkan oksigen pada setiap masa kepada Rayan yang berumur lima tahun itu.

Mereka juga memantau mngsa dengan menggunakan sebuah kamera yang diturunkan ke dalam perigi tersebut.

“Terdapat sebuah ambulans dan helikopter menanti untuk membantu pada waktu yang diperlukan,” kata Temrani.
Menurutnya, kamera itu menunjukkan mangsa berada dalam keadaan mengiring sekali gus sukar untuk menentukan keadaan sebenar dirinya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber : Kosmo  via ISU VIRAL

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment