“Siti Mariam Itu Nama Yang Baik, Tetapi…” – Mummy Jerung Merah Dedah Sebab Guna Nama Sofiaa Marieylla

Dua minggu lalu, kecoh di laman sosial apabila peserta Big Stage 2022, Sofiaa Marieylla mended4hkan yang nama sebenarnya ialah Siti Mariam.

Menerusi temu bual yang viral tersebut, ramai netizen mempertikaikan kenapa nama asalnya begitu jauh jika mahu dibandingkan dengan nama pentasnya, Sofiaa Marieylla.

Justeru, berkesempatan bertemu dengan Sofiaa pada sesi sidang media konsert kedua Big Stage 2022 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC) malam minggu lalu, Gempak bertanyakan bagaimanakah wanita yang sinonim dengan gelaran Mummy Jerung itu mendapat nama pentasnya.

“Sebenarnya, saya sudah mula membuat persembahan sejak saya di bangku sekolah lagi. Sekitar usia 16 tahun. Saya banyak menyertai pertandingan menyanyi di peringkat daerah dan juga negeri.

“Jadi, ketika itu saya rasa macam tak sesuai pula untuk menggunakan nama Siti Mariam sebagai nama pentas. Jadi, saya mula terfikir untuk menggunakan nama lain,” katanya.

Sofiaa berkata, nama Sofiaa itu dijumpai secara kebetulan ketika membaca buku dan menonton video.

“Masa itu, saya ada baca buku dan menonton video. Kemudian ternampak nama Sofiaa. Jadi, saya fikir, sedap juga nama ni. Kemudian Marieylla pula macam dekat dengan Siti Mariam. Lalu, saya putuskan untuk menggunakan nama Sofiaa Marieylla sebagai nama pentas,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Sofiaa turut menjelaskan sebab lain mengapakah dia menggunakan nama pentas tersebut.

“Bagi saya, Siti Mariam itu nama yang baik, sebab nama itu nama ibu Nabi Isa kan. Jadi, kalau saya viral atau jadi apa-apa, saya tak mahu nama itu dikec4m,” katanya lagi.

Ditanya mengenai harapannya untuk minggu ketiga, Sofiaa berkata: “Saya berharap agar saya dapat buat lebih baik berbanding minggu kedua dan memperbaiki apa yang kurang dan apa yang tidak cukup,” tutupnya.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber: Gempak

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment