Pelakon kacak, Ikmal Amry dan isteri Najla Shamsul telah sepakat memilih nama Cailie untuk diberikan kepada anak perempuan sulung mereka yang lahir pada 30 Disember lalu.
Menurut Akmal atau nama sebenarnya Mohd Zulikmal Amry Ghazali, 28, dia memilih nama yang ringkas untuk cahaya mata pertama adalah kerana namanya sendiri sudah agak panjang.
“Sebenarnya Am ada berkongsi nama anak di IG story tempoh hari. Tapi mungkin ada yang tidak perasan kerana nama anak Am pun pendek sahaja.
“Kami memilih nama Cailie yang membawa maksud ‘kesayangan’. Sebab nama bapak dia dah panjang, Mohd Zulikmal Amry, jadi saya rasa lebih baik sekiranya memberikan nama yang pendek sahaja untuk anak,” ujar Ikmal ketika ditemubual
Ikmal ditemui pada majlis sidang media pelancaran drama Gempak Original Series Ex Aku P0ntianak di Dadi Cinema, Pavilion, Kuala Lumpur pada Selasa.
Tambah Ikmal lagi, proses mencari nama itu tidak terlalu sukar memandangkan dia dan isteri sama-sama membuat carian di Google dan berjumpa dengan nama yang sesuai bermula dengan huruf C.
“Saya dan Najla jumpa nama Cailie itu di google sewaktu mencari-cari nama yang sesuai sebelum kelahiran. Rasanya itu nama yang paling unik yang kami jumpa dan tambahan pula memang saya inginkan nama anak yang bermula daripada huruf C.
“Kami mula membuat carian tentang maksud nama tersebut dan akhirnya menemui nama Cailie ini adalah daripada bahasa Ar4b Urdu yang membawa erti ‘kesayangan’,” jelasnya lagi.
Sekadar info, Ikmal disatukan dengan isterinya Najla Shamsul Kamar, 23, pada 19 Disember 2020 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report
Sumber: Gempak
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri