Pernah cakap ‘Kami akan ‘telan’ lawan kami’, Ini nasib Benjamin Mora selepas kekalahan mengejut JDT

Ketua Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT) Benjamin Mora tidak menolak kemungkinan dia akan kehilangan jawatanya selepas Skuad Harimau Selatan itu tewas kepada Kuala Lumpur City (KL City) FC dalam saingan final Piala Malaysia 2021 di Stadium Nasional Bukit Jalil di Kuala Lumpur, malam tadi.

Mora, 42, berkata keputusan mengenai masa depannya bersama skuad Harimau Selatan itu adalah di luar kawalannya.

Bagaimanapun, jurulatih dari Mexico itu yang pernah membawa Harimau Selatan memenangi beberapa kejuaraan termasuk Piala Malaysia 2019, sejak mengendalikan JDT buat kali kedua pada 2018, mengakui setakat ini hubungannya dengan pihak pengurusan dan pemain adalah sangat baik.

“Mungkin (kehilangan pekerjaan), tetapi saya bukan orang yang buat keputusan itu. Saya mempunyai hubungan yang sangat baik dengan pengurusan dan pemain. Saya sentiasa cuba untuk menang, saya sentiasa berusaha melakukan yang terbaik dan bekerja keras untuk JDT.

“Jika pihak pengurusan atau TMJ (Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim) berpendapat itulah penyelesaiannya, mereka akan maklumkan kepada saya, tetapi buat masa ini kami dalam keadaan sukar, kami okey, kami baik dan selepas ini kami akan mengkaji semula keadaan bila tiba masanya,” katanya pada sidang media selepas perlawanan, malam tadi.

Pada perlawanan final Piala Malaysia malam tadi, iaitu sempena sambutan ulang tahun ke-100 pertandingan berprestij itu, JDT terpaksa menerima kekalahan 0-2 di tangan KL City FC, sekali gus gagal mempertahankan kejuaraan yang dimenangi Harimau Selatan itu pada 2019.

Gol KL City FC dijaringkan oleh pemain tengah Zhafri Yahya pada minit ke-66 dan Kapten Paulo Josue (minit ke-74) sekali gus mencipta kegemilangan buat skuad City Boys dan menamatkan penantian selama 32 tahun untuk menjulang Piala Malaysia yang diidam-idamkan selama ini.

Sementara itu, Mora mengakui meskipun mereka adalah pasukan pilihan, pemain JDT tidak terlalu yakin dan tidak memandang rendah terhadap kemampuan KL City FC dalam perlawanan penentuan malam tadi.

Dia berkata, walaupun keputusan itu tidak memihak kepada pasukannya, namun para pemain telah bermain dengan baik dan dia melihat kekalahan kepada KL City FC itu dari sudut positif bagi persiapan membina skuad yang lebih mantap pada masa hadapan.

“Tidak, saya tidak fikir mereka (pemain) terlalu yakin. Mereka sangat fokus dan memberi tumpuan serta mempunyai motivasi tinggi dan gol pertama adalah menerusi hantaran silang kerana kita tidak berhati-hati, ini boleh berlaku dan ia adalah situasi individu, tetapi tiada siapa dipersalahkan.

“…jadi kegagalan berlaku untuk kita berjaya. Jika kita tidak kalah, kita tidak merasai perasaan sedih seperti malam ini, mungkin sukar (untuk JDT) untuk berkembang, sukar untuk mengalami evolusi dan sukar untuk melihat bahawa kami perlu mel

Rela makan rumput

Itu analogi kesungguhan pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora yang sanggup melakukan apa saja demi memastikan juara Piala Malaysia edisi ke-100 menjadi milik mereka.

Juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) akan melakukan apa sahaja dan sama sekali tidak akan membenarkan KL City FC untuk ‘bernafas’ pada pentas akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.

Itu tekad pengendali skuad Harimau Selatan, Benjamin Mora yang jelas mahu anak buahnya terus ‘bernafsu’ bagi membenam cabaran skuad ‘The City Boys’ apatah lagi mereka turun dengan status sebagai pasukan pilihan.

Jelas pengendali dari Mexico itu, misi untuk mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia yang dimenangi pada edisi 2019 itu juga amat penting kerana mereka perlu ‘memuaskan’ kemahuan yang tinggi daripada pihak pengurusan.

“JDT akan menjadi JDT. Kami tidak akan duduk diam dan menunggu apa yang akan jadi pada perlawanan itu nanti. Kami akan buat segalanya (eat the grass), kami akan makan pasukan lawan dan cuba untuk menjaringkan gol.

“Cara untuk menang di final adalah mudah iaitu kami perlu menjaringkan gol. Kami bukan setakat mahu beraksi di final tetapi mahu memenanginya.

“Sangat penting (mempertahankan kejuaraan) bagi mengekalkan mentaliti kemenangan dan produktiviti pasukan. Ia akan meninggalkan legasi yang baik mengenai kemenangan dan kemenangan.

“Motivasinya bermula untuk mendapatkan momentum dan kemudiannya ia menjadi tabiat dan tradisi sekali gus sebagai budaya di sini. Di JDT, kami perlu menang setiap pertandingan dan ini adalah tekanan yang begitu memuncak.

“Tetapi kami perlu mengharungi tekanan ini dan memenuhi apa yang dimahukan daripada pihak pengurusan,” katanya pada sidang media pra perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.

Pada aksi final itu, skuad Harimau Selatan hanya kehilangan pemain tengah, Safiq Rahim kerana penggantungan dan mampu menurunkan semua pemain kerana Mora memiliki skuad yang lengkap bagi aksi penentuan itu

Pada masa sama, Mora juga menegaskan tidak timbul isu di mana dia perlu memenangi Piala Malaysia untuk membuktikan betapa dia lebih baik berbanding pengendali skuad ‘The City Boys’, Bojan Hodak yang sebelum ini pernah menjadi jurulatih JDT.

Tegasnya, dia menghormati sejarah yang pernah dilakar Hodak ketika mengendalikan JDT sebelum ini namun pasukan itu tetap memenangi pelbagai gelaran tanpa mengira siapa pun yang menjadi pengendalinya.

“Jujurnya saya tidak rasa apa-apa. Dia (Hodak) pernah berada di JDT dan menjadi watak penting ketika itu tetapi sebagai jurulatih, kami hanya membantu untuk melaksanakan permainan bola sepak yang terbaik dan memotivasikan mereka.

“Bojan hanyalah seorang lagi jurulatih dan dia tahu bagaimana untuk mengendalikan pasukan. Kalau kami menewaskan mereka, kami menewaskan KL City FC dan tiada isu peribadi,” katanya.

Sumber: bharian/newzstuf. Com

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber :  http://trendingsangat.pw/

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment