Neelofa Kongsi Rezeki, Bagi Susu Durian Percuma Dekat Orang Ramai – ‘Takda Limit’

Biarpun sedang berpantang, selebriti terkenal Noor Neelofa berkongsi rezeki dengan orang ramai dengan memberikan susu durian secara percuma.

Berita gembira itu dikongsikan menerusi Instagram @nilofagroup. Menurut Neelofa, 33, ini adalah kempen terbesar dalam sejarah Nilofa apabila memberikan susu tanpa limit di Warehouse Meru Klang.

Pemberian susu durian sudah bermula sejak semalam (2 Mac) iaitu bermula jam 10 pagi hingga 4 petang dan akan berakhir pada hujung bulan ini.

Pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor turut mengingatkan sesiapa yang hadir untuk bawa tenaga yang mencukupi dan kenderaan yang boleh memuatkan jumlah susu yang dimahukan.

Dalam pada itu, bekas hos MeleTOP turut mengalukan individu yang berniat untuk mengagihkan minuman itu kepada rumah anak-anak yatim atau rumah perlindungan.

Pada 29 Januari lalu, pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot ini baru melahirkan anak lelaki, Muhammad Bilal di Gleneagles Hospital Kuala Lumpur.

Untuk rekod, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac lalu.

Sumber: Instagram @neelofa

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber : https://ohbulan.com/

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment