Alhamdullilah, Neelofa Slamat Brsalin. Haris Ismail Berltahu Keadaan Terkini B4yi Mreka

Kuala Lumpur – Selebriti popular, Neelofa, 32, akhirnya membuka mulut berkongsi fasa terakhir keh4milan.

Bagaimanapun, isteri kepada pendakwah bebas, PU Riz itu enggan mend.edahkan usia kandungan, hanya memaklumkan kini dalam persediaan menyambut kelahiran bayi sulungnya.

“Ya, saya sudah sampai ke fasa akhir. Saya pun tidak tahu bila akan melahirkan anak pertama, mungkin awal atau terlewat. Jadi, apa yang boleh dikongsi saya berada pada fasa akhir. Saya mengharap doa orang ramai agar memudahkan urusan saya bers4lin,” katanya.

Alhamdullilah Selamat Bers4lin

Pengacara dan usahawan Neelofa selamat melahirkan anak sulung di sebuah pusat perubatan kira-kita pukul 3.44 petang Sabtu.

Suaminya, Haris Ismail atau PU Riz memaklumkan Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor dan bayi mereka kini berada dalam keadaan baik.

Dalam pada itu, Haris turut memberitahu mereka memilih nama Muhammad Bilal untuk bayi berkenaan.

“Alhamdulillahirabbil’alamin. Puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah SWT untuk segala berkat dan rahmat-Nya, isteri saya, Noor Neelofa Mohd Noor telah selamat melahirkan Putera sulung kami pada 29 Januari 2022 jam 3.44 petang.

“Syukur Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan, kini isteri saya sedang berehat dan kami sedang melalui satu fasa yang sangat menggembirakan untuk kami sekeluarga,” ujarnya.

Dalam pada itu, Haris turut mengucapkan terima kasih atas doa orang ramai terhadap dia dan isteri sejak mereka berkahwin.

“Saya dan Neelofa ingin merakamkan jutaan penghargaan dan rasa penuh bersyukur atas doa yang dikirim oleh anda semua.

“Terima kasih atas ingatan kalian sejak kami mendirikan rumah tangga sehinggalah kami menimang cahaya mata.

“Sebagaimana kalian mendoakan kesejahteraan saya dan isteri tahun lalu, mohon titipkan juga doa-doa yang baik agar zuriat yang berada di pangkuan kami ini mampu menjadi khalifah yang dapat memberikan kebaikan kepada agama dan negara,” ujarnya.

Neelofa atau nama sebenarnyanya Noor Neelofa Mohd Noor, 33, mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Haris Mohd Ismail, 27, pada Mac 2020.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Kredit : Mstar    via online malaya

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment