“Baby Lofa belum lahir lagi dah dapat DIOR,”- Neelofa Terharu Terima Hadiah Mewah Dari Anak YDPA

Selebriti dan usahawan Neelofa mencvri perhatian ramai apabila menerima hadiah berupa barangan bayi daripada jenama mewah Christian Dior.

Hadiah mewah tersebut adalah hasil pemberian YAM Tengku Puteri Iman Afzan Al-Sultan Abdullah,puteri sulung kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Menerusi platform TikTok akaun @lofa.world, video hadiah yang diambil daripada Instagram Story Neelofa itu dikongsi untuk tatapan umum.

Baby Lofa belum lahir lagi dah dapat DIOR,” tulisnya di dalam video.

Menerusi perkongsian berdurasi 36 saat itu, bekas pengacara program MeleTOP itu teruja menerima hadiah beserta kad ucapan daripada sahabatnya.

Walau bagaimanapun, ketika membaca kad ucapan tersebut, Neelofa dilihat menutup bahagian tertera jantina bayi.

“Semoga maju jaya dalam bab seterusnya dalam kehidupan awak. Ia bab yang paling best! Awak akan jadi ibu bapa yang terbaik. Saya tak sabar nak bertemu baby. Harap awak suka hadiah kecil ini,” tulis Tengku Puteri Iman Afzan di dalam kad ucapannya.

Dalam pada itu di ruangan komen, ramai wargamaya berteka-teki mengenai jantina bayi yang dikandungnya.

Malah, ada juga yang teruja melihat hadiah yang diterima dan menganggapnya sebagai rezeki anak.

@Õxblòod:Yang bagi tu, Tengku Iman pulak, anak sultan.. walawehh”

@“:Alhamdulillah, rezeki baby

@Nasria_LaLaBaby girl kan? Sebab Neelofa nampak cantik dan Berseri.. Amin”

@Aezlin Abu Bakar:Oo dah scan. Semoga dipermudahkan segala urusan. Amin”

@MUA_yash:Ternampak kad tu warna biru.. mungkin boy

@Ljanne_1998Confirm baby girl ni”

Sekadar info, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan, pendakwah bebas, Muhammad Haris Mohd Ismail, 26, pada 27 Mac lalu.

Sehingga ke hari ini, Neelofa masih lagi enggan mengumumkan tentang status kehamilannya.

Biarpun masih mengunci mulut mengenai cerita kehamilannya, namun umum mengetahui akan perkara itu apabila Neelofa sering berkongsi foto-foto terkini dengan perut yang semakin sarat.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber: Gempak

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment