Neelofa Umum Pencen, Tapi Peminat Tetap Minta Ramalan AJL36…

KETIKA bahang Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) semakin terasa, peminat masih ternanti-nanti ramalan daripada pengacara dan usahawan Neelofa tentang siapa yang bakal bergelar juara.

Sayangnya tahun ini, ibu kepada Muhammad Bilal itu memberitahu dia sudah ‘pencen’ dan menyerahkan kepada netizen untuk membuat ramalan sendiri.

“Tahun ini pencen. Apa ramalan anda?” tulis Neelofa di laman Twitter miliknya.

Melihat kepada ruangan komen, ada yang memberi maklum balas tidak mahu Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor, 33, berhenti membuat ramalan.

“Jangan pencen kak, sempat lagi.

Tweet ramalan Neelofa untuk AJL36

“Lofa jangan pencen, kami perlukan ramalan anda.

“Lofa sibuk jaga Bilal, tak sempat ramal kali ini,” komen netizen.

Bagaimanapun, demi tidak mahu menghampakan peminat, Neelofa akhirnya berkongsi status meletakkan ramalan dua lagu yang dijangka menjadi juara iaitu Mimpi nyanyian Haqiem Rusli dan Pelukan Angkasa (SOG & Shila Amzah).

Vokal terbaik, Bilal dan Marsha

NEELOFA

PENGACARA/USAHAWAN

Dalam masa sama, dia secara bergurau turut meletakkan suara tangisan anaknya sebagai pemenang vokal terbaik.

“Vokal terbaik, Bilal dan Marsha,” katanya.

Tahun lalu Neelofa meramalkan lagu Semalam nyanyian Aina Abdul sebagai juara AJL35, namun lagu tersebut hanya berjaya mendapat tempat kedua.

Neelofa menjangkakan Marsha bakal memenangi kategori vokal terbaik

Sebelum itu, ramalam Neelofa mengena apabila meletakkan lagu Sumpah (Naim Daniel) menjadi juara AJL34.

Pada edisi AJL36 kali ini, 10 lagu lain yang bertanding adalah Boneka (Ernie Zakri), Intan Payung (Noraniza Idris & Bunga), Purnama (Naim Daniel), Aewo (Shiha Zikir & Noki), Salahku (Yonnyboii), Lara (Haqiem Rusli, Hael Husaini & Naim Daniel), Angkara (Siti Nordiana) dan Cinta (Marsha Mila).

Manakala Aina Abdul mempertaruhkan dua lagu iaitu Sepi dan Nafas Cinta (nyanyian bersama Khai Bahar).

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber: mStar

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment