Nelayan Temui Berkotak2 Barangan Terapung Di Laut, Bila Di Buka Dia Sendiri Terkejvt

Apa yang lebih menggembirakan para nelayan adalah apabila mendapat hasil tangkapan yang banyak. Lebih menguntungkan sekiranya hasil tangkapan mereka boleh dijual dan mampu menampung keperluan hidup sekeluarga.

Namun, tidak semua mempunyai nasib sebegitu, lebih-lebih lagi pada musim tengkujuh ini. Air pasang dan laut bergelora menghalang mereka untuk mencari sesuap nasi.

Akan tetapi, lain pula halnya di negara seberang. Detik nelayan mendapatkan barangan mewah semasa memancing menjadi viral baru-baru ini. Apa tidaknya, nelayan ini menemui beberapa produk Apple terkenal dengan harga lumayan di laut.

Insiden tersebut dirakam dan dikongsikan dari salah satu akaun TikTok. Sebaik sahaja dimuat naik, video tersebut mendapat perhatian warganet sehingga mendapat jumlah tontonan sebanyak 1.5 juta.

Menerusi video tersebut, nelayan dikatakan sedang memancing di perairan Bangka Belitung. Bot nelayan tu dipenuhi banyak kotak yang diisi dengan barangan elektronik.

“Apabila rezeki datang pada bila-bila masa sahaja dan dimana jua,” tulis kapsyen video itu.

Memetik daripada laporan Berita Hits, nelayan itu menemui kotak-kotak terapung di lautan. Dia segera mengambil kotak-kotak tersebut itu ke dalam botnya. Alangkah terkejutnya apabila dia menemui sebuah kotak kadbod yang mengandungi berpuluh-puluh iPhone Apple.

Tidak terhenti di situ, kotak lain juga mengandungi produk Apple yang tidak kurang harganya. Nelayan itu melihat terdapat sejumlah iPad dan komputer riba MacBook di dalam kotak tersebut.

Semua barangan elektronik itu segera dibawa ke rumahnya dan kemudian mula mengeluarkan semua isi dalam kotak tersebut bersama keluarganya.

Berdasarkan laporan Berita Hits, salah seorang ahli keluarganya menjelaskan harga satu telefon bimbit itu jika dijual sekitar Rp 13 juta (RM 3829.72). Harga bagi iPad dan MacBook pula dianggarkan mendapat puluhan juta rupiah jika dijual barangan tersebut.

Situasi ini benar-benar mengejutkan semua warganet. Lebih-lebih lagi, nelayan tersebut turun ke laut dengan niat untuk mencari ikan dan dijual ke pasar. Namun, bukan ikan yang ditangkap, malah barangan elektronik mahal yang berjaya ditangkapnya pada hari itu.

Video penemuan nelayan yang dikongsikan di media sosial itu telah mendapat perhatian warganet. Rata-ratanya ramai yang meninggalkan pelbagai komen tentang penemuan produk Apple di laut lepas.

Ada yang memberi amaran kepada nelayan supaya tidak dikongsikan perkara tersebut di media sosial. Namun, ada juga meninggalkan komen lucu apabila melihat aksi nelayan itu ketika membuka kotak tersebut.

Sumber : Berita Hits

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment