“Biar Betul? Ingatkan Baru 18 Tahun” – Netizen Terkejut Nora Danish Sebenarnya Berumur

Siapa sahaja yang tidak mengenali aktres terkenal Nora Danish? Sebut sahaja namanya pasti rata-rata dapat membayangkan wajah cantik jelita pelakon tersebut.

Bakat lakonannya juga tidak dapat disangkal lagi dan sering juga muncul dalam mana-mana drama di kaca television.

Pelakon jelita Nora Danish mencuri tumpuan ramai apabila memuat naik beberapa keping gambarnya sedang berswafoto.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Nora secara bersahaja mengambil swafoto tanpa solekan yang tebal.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh Danish Nora (@noradanish)

“Bersyukur, selfie terakhir menjadi 39 tahun,” tulisnya ringkas.

Menariknya, ramai diantara netizen seakan tidak percaya umur pelakon itu sudah memasuki fasa umur 40-an.

Sebaliknya, kebanyakan mereka masih menganggap pelakon yang terkenal dengan watak Puteri itu masih kekal muda.

Selain netizen, kelihatan juga suami Nora, Mohamed Nedim Mohamed Nazri atau Boss Ned meninggalkan komen ‘sweet’ buat isteri tercintanya.

Sekadar info, Nora Danish atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif dilahirkan pada 7 Mac 1982 di Kuala Terengganu, Terengganu.

Nora sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Rizal Ashram Ramli pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram.

Namun, perkahwinan tersebut hanya mampu bertahan selama 2 tahun selepas mereka disahkan berc3rai pada bulan Julai 2008.

Nora kemudiannya mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan Boss Ned pada 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Mohamed Neqayl Nedim yang kini berusia tiga tahun.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen juga turut terkejut mengenai umur pelakon tersembut hampir memasuki 40 an.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber: Gempak

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment