Nora Ariffin Mula ded4hkan Akan Nikah Hujung Tahun Ini

Penyanyi tersohor, Datuk Nora Ariffin memaklumkan bahawa dia akan mengakh1ri zaman solo selewat-lewatnya pada hujung tahun ini.

Ujar Nora, setelah lima tahun kehil4ngan suami tercinta, jejaka istimewa tersebut ternyata telah berjaya membuka pintu hatinya untuk kembali bergelar isteri.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh DATUK NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin)

Maklum penyanyi ini lagi, bakal suaminya itu merupakan seorang pendidik dan bukanlah ahli politik seperti mana yang pernah tul4r sebelum ini.

Masih belum bersedia untuk mended4hkan identiti lelaki tersebut mahupun tarikh hari bahagianya, Nora berkata perkara tersebut pasti akan diuar-uarkan apabila tiba waktunya.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh DATUK NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin)

 

Insya-Allah dalam masa terdekat, dalam tahun ini. Benda baik buat apa nak sorok. Doakan yang baik-baik. Benda baik tak perlu dilambatkan dan perlu dipercepatkan. Bila masa sesuai saya akan beritahu. Tunggulah.

Jelas Nora, setelah kem4tian suami Allahyarham Johan Nawawi, dia telah melalui pelbagai fasa ujian dalam kehidupan dan kini, mereka sekeluarga hanya ingin mengecap bahagia dan memulakan hidup baru sebagai sebuah keluarga yang lengkap.

Perkembangan terkini, penyanyi lagu Persimpangan Dilema ini bakal tampil dengan sebuah lagu baharu pada tahun hadapan di mana ia bakal menampilkan unsur-unsur dakwah dalam karya tersebut.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report

Sumber: Kosmo Online

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Leave a Comment