Kata-kata negat1f yang menganggap dirinya sudah tua untuk berada di set penggambaran tidak memat4hkan semangat Norlia Ghani untuk terus menerima tawaran.
Norlia atau nama sebenarnya Norlia Ghani Abdul Hamid, 73, berkata, umur bukan penghalang untuk dia terus mencari rezeki dalam bidang itu selagi kesihatannya mengizinkan.
“Memang ada mulut-mulut yang kata sudah tua-tua pun masih terged1k-ged1k lagi.
“Kalau dengar cakap orang boleh jatuhkan semangat, ibarat mereka yang tentukan hidup saya. Saya tak pernah ambil peduli semua itu.
“Sekarang ini saya hanya mahu cari rezeki. Tuhan beri saya kebolehan untuk berlakon, apa saIahnya untuk terus melibatkan diri dalam dunia seni.
“Saya mula berlakon sejak 1968, hidup saya dah biasa dengan produksi,” ujar Norlia kepada mStar.
Lihat siaran ini di Instagram
Norlia Ghani ditemui dalam sebuah majlis meraikan artis veteran anjuran Dulang Cafe di Danau Kota, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Sementara itu, Norlia yang sudah berkecimpung dalam kerjaya ini selama 54 tahun meluahkan rasa terkil4n dengan cara kerja produksi sekarang yang tidak meletakkan had masa bekerja.
Katanya, masa penggambaran yang terlalu panjang antara faktor yang diambil kira jika menerima sesuatu tawaran
Lihat siaran ini di Instagram
Selain itu, kata Norlia, bayaran yang tidak setimpal untuk golongan pelakon seusiannya juga tidak pernah dipandang serius bagi pihak produksi.
“Dahulu kami bekerja dari pukul 8 pagi sehingga 10 malam. Sekarang ini kalau boleh bermula pagi hingga ke pagi esoknya. Memang tak larat.
“Saya terima tawaran apabila watak bersesuaian dan bayaran yang setimp4l.
Lihat siaran ini di Instagram
“Ada yang memberi tawaran tetatpi bayaran sedikit kerana mereka anggap pelakon lama seperti saya akan terima sahaja disebabkan tiada job lain.
“Disebabkan mereka ikut permintaan hero dan heroin, bayaran untuk pelakon lain dikurangkan. Mana boleh begitu. Kita sama-sama berlakon, bukan saya datang hanya duduk di lokasi.
“Bukan saya demanding, tetapi perlulah berpatutan. Jika kerja tidak ikhlas, nanti tak menjadi hasilnya,” jelasnya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Update Report
Sumber:Mstar
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri